Bukanlah isu baru tetapi isu ini kembali hangat diperkatakan. Sebelum ini, tular syarikat penyiaran ternama Malaysia menetapkan syarat perlu memiliki 1 juta pengikut di media sosial.
Terbaharu, pelakon Iedil Dzuhrie Alaudin telah kongsikan kekecewaannya di Twitter miliknya berhubung kriteria ditetapkan oleh syarikat penyiaran yang mengatakan perlu memiliki 1 juta pengikut di media sosial baru boleh menerima kerja.
Dari sebuah syarikat penyiaran ternama; Followers IG over 1 juta? Lambat lagilah aku nak dapat job di Malaysia ni. Walaupun sudah lebih 20 tahun aku mengabdikan diri, tapi kriteria yang macam ini yang mereka cari. Bye👋🏻 pic.twitter.com/ihV0dv8UP0
— Iedil Dzuhrie Alaudin (@iedildzuhrie) November 25, 2021
Menurut Iedil, dirinya sudah berada dalam industri seni selama lebih 20 tahun tetapi kriteria yang dicari cukup mengecewakan kerana bukannya memandang kepada bakat tetapi populariti.
Isu tersebut turut mendapat perhatian penggiat seni seperti Sharifah Amani, Nam Ron, Nabila Huda dan banyak lagi. Mereka juga tidak setuju apabila menetapkan kriteria sedemikian rupa dan mengatakan ada penerbit tidak sudi ‘pitch story’ di syarikat tersebut disebabkan isu itu.
Saw this on FB & the producer yg shared it cakap dia tak sudi pitch story to this company. This is how we help each other. Leave & do not work with companies that have this stupid criteria. Geng yg dah ada followers 1 juta & more speak up for your fellow practitioners. 💪❤️🙏 https://t.co/50c9v5STkw
— Sharifah Amani 🇲🇾 (@sharifahamani) November 25, 2021
So criteria sejuta lebih nie benefit siapa sebenarnya?? 😫😫 pic.twitter.com/sE9gBnsrDp
— Sharifah Amani 🇲🇾 (@sharifahamani) November 25, 2021
Apa kriteria utk pelakon drama TV?Followers?Influencer?2021, saya cadang ke produser utk tukar pelakon utama sbb tk boleh bawa watak after 3 days of shoot.Lets reshoot!Tp penyiar ttp mahu ‘pelakon’ itu. Saya yg ditukar. Situasi drama tv tempatan adalah angkara penyiar itu sendiri
— Yusry Abdul Halim (@YusryHalim) November 26, 2021
Bukan itu sahaja, Yusry Abdul Halim yang merupakan pelakon, penerbit dan penyanyi juga menzahirkan rasa tidak puas hati berhubung isu itu. Menurutnya, ada ‘talent’ yang tidak boleh menjiwai watak walaupun sudah 3 hari pengambaran tetapi pihak penyiar masih mahukan pelakon tersebut walaupun sudah dicadang untuk tukar pelakon.
Tambahnya, dirinya sebagai pengarah yang ditukar bukannya pelakon tersebut. Malah, situasi drama TV tempatan tidak berkualiti adalah angkara penyiar itu sendiri. Para penggiat seni juga tertanya-tanya kriteria tersebut sebenarnya menguntungkan siapa.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa tidak puas hati dan mahukan karya berkualiti bukannya mengukur sesuatu karya dengan tahap populariti selebriti.
Tahukah anda bahawa Nam Ron pernah ‘tayang’ badan untuk cuba raih 1 juta pengikut di media sosial? Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.
Mahu Raih 1 Juta ‘Followers’, Nam Ron Sahut Cabaran Stesen TV Dengan Menayang Badan
Alasan Filem Persilatan ‘Syahadan’ Ditolak Untuk Tayangan Di Stesen TV Berbayar Jadi Bualan Netizen