Makanan Jepun seperti sushi sudah lama mendapat tempat di dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Padanan nasi cuka yang dibubuh bersama inti campuran ikan, makanan laut, sayuran dan telur lalu dinikmati secara mentah atau diperam terlebih dahulu.
Sehinggakan muncul sejumlah restoran tempatan yang sedia menawarkan hidangan sushi secara khususnya. Namun, pasti ramai tertanya-tanya sama ada sushi hasil buatan tempatan masih mengekalkan rasa yang sama seperti yang ada di negara matahari terbit itu?
Oleh itu, salah sebuah akademi bahasa Jepun sedia ‘membedah’ persoalan tersebut dengan menyoal warga Jepun sendiri tentang perihal sushi berkenaan.
Di dalam video yang dimuat naik di TikTok, seorang wakil dari Malaysia membawa dua orang warga Jepun untuk merasai sendiri hidangan makanan tradisional, sushi dan memberi maklum balas berkaitan rasanya.
Selepas merasai beberapa sushi di sebuah restoran sushi tempatan terkenal, kedua-dua wanita tersebut menyimpulkan yang rasa sushi di Malaysia sangatlah jauh beza berbanding dari negara asal mereka.
Malah, pelbagai aneka sushi-sushi yang ditawarkan juga dikatakan tidak pernah ada di negara Jepun. Cara penyediaan turut tampil berbeza seperti seaweed yang dibubuh sebagai inti dan terasa pedas daripada herba barangkali.
“Sedap sangat….walaupun bukan sushi,” ujar salah seorang wanita sambil ketawa.
Walaupun kesemua ‘sushi’ lokal ini tidak seperti di Jepun, mereka sangat gembira untuk menikmati kelainan yang dibawakan menerusinya. Bukan itu sahaja, mereka turut memuji pembuatan sos mayo onigiri dan terasa seperti yang asal sekaligus timbul rasa rindu selepas dimakan.
Bercakap tentang takoyaki, terdapat sedikit persamaan tetapi sotong yang diguna tidak lembut seperti di Jepun.
@dreamslanguageacademy BILA ORANG JEPUN MAKAN SUSHI MALAYSIA😂 Ha minasan, baru tahu yang sushi Malaysia ini lain sangat daripada Jepun dan sebenarnya kebanyakan sushi Malaysia ini tak ada pun dekat Jepun 😱 Jya minasan, cuba share minasan suka makan sushi apa?🤔 #Nihonggo #learningjapanese #JLPT #belajarbahasajepun #Jepun #jepang #Malaysia #TiktokGuru #japaneselesson #learnjapanese #日本語 #sushimalaysia #takoyaki #culture #sushi
Susulan pendedahan itu, warga tempatan mula menyedari sushi yang dimakan selama ini tidaklah rasa seperti yang ada di negara matahari terbit itu. Sebahagian berpendapat kebanyakkan makanan yang dibawa masuk akan diubah suai mengikut citarasa tempatan.
Selain itu, sebahagian netizen mendakwa sushi Jepun selalunya dinikmati secara mentah sekaligus mungkin majoriti daripada kita akan merasa loya dan tidak lalu untuk makan.