Syarikat penghantaran parcel di United Kingdom, forward2me mendedahkan satu set data yang mereka gelar senarai ‘the most Instagrammable sneakers’, dan hasilnya berbeza dengan apa yang kita sangka.

Ini kerana kasut paling popular di Instagram bukannya model edisi khas seperti Yeezy, Air Jordan x Off-White, Balenciaga dan lain-lain tetapi model basic yang kita boleh beli di JD Sports.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Paling popular menurut forward2me adalah model kasut yang paling banyak dimuat naik dan di tag di Instagram. Model adidas NMD adalah yang paling popular dengan 5.7 juta gambar. YEEZY 350 hadir di tempat kedua (4.2 juta) dan Vans Old Skool, adidas Superstar serta Converse Chuck Taylor melengkapkan senarai top 5 kasut paling popular di Instagram.

Nampaknya tiada satu pun model Nike di senarai top 5 manakala adidas pula ada dua model di senarai top 5. Adakah anda setuju dengan senarai ini?

Sneakers Man