Istimewa buat para pelajar Tingkatan 4 dan 5 dari seluruh Malaysia, inilah peluang terakhir bagi tahun ini untuk anda memohon bagi menyertai UWC Short Course: Sekolah Diversiti 2023!

Buat anda yang tidak tahu, Sekolah Diversiti adalah program yang bertujuan untuk memupuk persefahaman budaya dalam kalangan belia untuk menjadi pemimpin yang serba lengkap dan berkemampuan serta memupuk keterangkuman dalam komuniti mereka.

Baca Juga:

Melalui program interaktif yang dipenuhi dengan bengkel, perbincangan dan sesi refleksi, peserta akan diinspirasikan untuk berfikir secara kritis sambil mempelajari pelbagai perspektif dan idea lalu menyelesaikan persoalan besar yang dihadapi oleh masyarakat berbilang budaya; Apakah cara terbaik untuk hidup bersama dalam kepelbagaian?

Ini Sesi Terakhir UWC Short Course: Sekolah Diversiti, Percuma Untuk Pelajar Tingkatan 4 & 5
Architects of Diversity Malaysia/FB

Sekolah Diversiti juga memberi peluang untuk peserta meneroka perspektif tentang identiti, kepelbagaian dan keterangkuman.

Program ini mengumpulkan belia dari semua lapisan masyarakat untuk berkongsi ruang yang selamat untuk mengembangkan perspektif tentang kepelbagaian Malaysia yang lebih luas dan mendalam sambil menjalin persahabatan baru yang mampu bertahan seumur hidup!

Program UWC Short Course: Sekolah Diversiti yang terakhir bagi tahun 2023 akan diadakan pada:

Tarikh: 28 Ogos – 1 September 2023
Lokasi: Al-Sakinah Resort, Janda Baik, Pahang

Program ini terbuka untuk semua pelajar Tingkatan 4 dan 5 (2023-24) di seluruh Malaysia dari semua jenis latar belakang kaum, agama dan sosioekonomi yang:

– Bersemangat dalam membina budaya keamanan dan persefahaman silang budaya
– Pemimpin masa depan yang akan memupuk perpaduan dan keterangkuman dalam komuniti mereka

Program ini adalah percuma sepenuhnya dan pengangkutan, penginapan dan makanan turut akan disediakan.

Ini Sesi Terakhir UWC Short Course: Sekolah Diversiti, Percuma Untuk Pelajar Tingkatan 4 & 5

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang UWC Short Course: Sekolah Diversiti, layari laman web Architects Of Diversity di sini.

Permohonan akan ditutup pada 30 Julai 2023. Ayuh sertainya sebelum penuh!