Kejadian kereta api melanggar kereta di dalam negara ini agak terpencil jika hendak di bandingkan dengan negara-negara luar.
Bagaimanapun, baru-baru ini sebuah Perodua Axia dirakam dilanggar oleh kereta api setelah pemandunya cuba melintasi landasan walaupun terdapat kereta api sedang bergerak perlahan pada waktu itu.
Di awal rakaman video tersebut terdapat Axia terbabit bersama-sama sebuah 4×4 dan motosikal sedang menunggu lampu isyarat merah. Setelah ia bertukar menjadi warna hijau, kereta itu segera memecut untuk melintasi landasan tersebut.
Semasa Axia itu memecut, terdapat seorang pengawal sudah pun berdiri di bahagian kiri jalan untuk meminta semua pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan bagi memberikan laluan kepada kereta api itu terlebih dahulu.
Bagaimanapun, Axia tersebut kelihatan seperti enggan mengendahkannya, lalu pengawal terbabit segera menghampiri kereta tersebut untuk memberhentikan Axia itu.
Namun, oleh kerana kereta terbabit terlalu hampir dengan landasan, bahagian kanan kereta api itu telah ‘tersangkut’ pada bahagian hadapan Axia dan menyeretnya perlahan-lahan sehingga ke bahu jalan.
Pemandu Axia itu segera mengundurkan kereta bagi mengelakkan kerosakan yang lebih teruk pada kenderaannya. Rata-rata orang ramai yang menonton video tersebut berasa sedikit geli hati melihat kejadian itu kerana ianya agak ‘rare’ untuk lihat ianya berlaku di Malaysia.
Netizen juga menyatakan andai kata pemandu Axia tidak ‘terlalu nekad’ untuk melintasi landasan kereta api itu, sudah pasti kemalangan kecil itu tidak akan berlaku.
Bagaimanapun, ramai bersependapat bahawa oleh kerana tiada tanda amaran, lampu isyarat dan palang berhampiran landasan tersebut menyebabkan kereta Axia tersebut terkeliru sehingga menyebabkan insiden tersebut terjadi.
Semasa membaca komen-komen yang dikongsikan, ada seorang pengguna Facebook memaklumkan bahawa laluan tersebut sedang dibuat semula, oleh sebab itulah tiada palang dan lampu isyarat untuk mengawal pergerakan kenderaan di laluan terbabit.
Dalam satu kisah lain pula, sebuah kereta merempuh kaunter semasa cuba melarikan diri daripada pemeriksaan imigresen. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.
‘Sungai Penuh Buaya’ – Faktor Keselamatan Antara Sebab Kos Bina Jeti Kampung Mutap Tinggi
Tali Putus Ketika Promosi Secara ‘Live’, Netizen Persoalkan Kualiti Pelitup Muka Jovian