Sebuah pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail berhampiran sebuah hotel petang tadi telah mengorbankan seorang lelaki, manakala seorang lagi cedera.
Memetik laporan Harian Metro, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kejadian jam 2.19 petang.
Baca Juga:
- Gigih Alihkan Pokok Tumbang Sewaktu Hujan Lebat, Tindakan Pekerja Mamak Ini Raih Pujian Netizen
- Jadi ‘First Responder’, Netizen Puji Kecekapan Abang foodpanda Bantu Potong Pokok Tumbang
- ‘Tahan Lasak Juga Myvi’ – Orang Ramai Kecut Perut Lihat Rakaman Pokok Tumbang Mengejut
Penolong Pengarah Operasi JBPM Kuala Lumpur, M Fatta M Amin berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.
Tiga jentera bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, Jalan Tun Razak dan Sentul turut dihantar ke lokasi membabitkan kekuatan keseluruhan seramai 27 pegawai serta anggota.
Kejadian pokok tumbang di depan Concorde. Dari dashcam kereta wife aku. 😭 pic.twitter.com/wKaPtMPnbb
— Наим Зулхашим (@_aimstfu) May 7, 2024
“Sebaik tiba di lokasi mendapati terdapat pokok besar tumbang di atas jalan raya dan sebanyak 17 kenderaan terbabit.
“Landasan monorel di sebelah atas turut dihalang dengan dahan pokok dan beberapa fasiliti awam termasuk perhentian bas rosak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Memetik laporan itu lagi, operasi menyelamat segera dijalankan dan dua mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota.
“Mangsa pertama seorang lelaki berusia 47 tahun disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan manakala mangsa kedua lelaki berusia 26 tahun mengalami kecederaan,” katanya.
Katanya, mangsa yang cedera diserahkan kepada paramedik untuk rawatan lanjut.
KENYATAAN MEDIA
GANGGUAN PERKHIDMATAN LALUAN MONOREL KL AKIBAT DAHAN POKOK TUMBANG KE ATAS LANDASAN TREN pic.twitter.com/QMnMhj8i1o
— Ask Rapid KL (@askrapidkl) May 7, 2024
Dalam pada itu, Rapid KL mengeluarkan kenyataan rasmi di mana semua perkhidmatan Monorel antara Stesen Hang Tuah dan Medan Tuanku dihentikan sementara waktu.
Para penumpang diminta menggunakan perkhidmatan alternatif rel seperti yang disenaraikan di bawah;
- KL Sentral – LRT KL Sentral/Muzium Negara MRT
- Hang Tuah – LRT Hang Tuah
- Bukit Bintang – MRT BB
- Bukit Nanas – LRT Dang Wangi
- Titiwangsa – LRT & MRT Titiwangsa