Pemain skuad kebangsaan Belanda, Justin Kluivert menjadi mangsa amarah warga Indonesia yang kecewa pasukan mereka dibelasah Australia dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 baru-baru ini.

Tinjauan di laman media sosial Instagram milik pemain itu menunjukkan ruangan komen di setiap post yang dipenuhi oleh warga negara seberang yang berang dengan ayahnya iaitu Patrick.

Baca Juga:

Patrick Punya Masalah, Justin Kluivert Yang Diserang

Rata-rata komen yang ditulis oleh warga Indonesia termasuk mahu ayah kepada Justin itu untuk segera meletak jawatan sebagai ketua jurulatih skuad Garuda dan kembali ke Belanda.

Perkara ini dilihat tidak masuk akal dimana ramai yang merasa hairan dengan tindakan warga negara jiran yang menyerang anak walhal yang bertanggungjawab ke atas pasukan kebangsaan mereka ialah ayahnya.

Justin Kluivert
Patrick Kluivert

Namun, ada juga warga yang bijak dimana mereka meminta agar penyokong tidak menyerang Instagram Justin Kluivert kerana beliau tidak terlibat atau mempunyai hubungan dengan pasukan Indonesia.

Selepas aksi menentang Australia tamat, penyokong Indonesia tidak mengambil masa lama dimana mereka mahu bekas pemain Barcelona dan Newcastle United untuk mengundurkan diri.

Di laman media sosial, penyokong menggunakan tanda pagar #KluivertOut dalam status atau ciapan mereka sebagai tanda tidak puas hati dengan jurulatih itu.

Ramai yang membandingkan keputusan ketika Indonesia dibimbing oleh Shin Tae-yong apabila mereka bertemu dengan Australia di Gelora Bung Karno tahun lalu.

Kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan tanpa jaringan dan skuad Garuda menampilkan prestasi yang jauh lebih baik berbanding perlawanan tempoh hari.

Justin Kluivert
Kredit Foto: PSSI

Kekalahan ini turut menjadikan pasukan itu sebagai bahan jenaka terutamanya oleh peminat khususnya dari negara Asia Tenggara seperti Singapura.

Kemenangan penting dilakarkan meletakkan Australia kini ditangga kedua dengan 10 mata manakala Indonesia pula kini ditangga kelima dengan enam mata.