Pelakon Intan Ladyana tidak dapat menahan air matanya selepas menghantar anak sulungnya, Evie bersekolah tadika.
Video tersebut dikongsikan oleh suaminya, Harris Alif menerusi Tik Tok miliknya.
Menurut Harris, sudah lama Intan Ladyana akan berasa sayu dan menahan tangisannya setiap kali menghantar anaknya ke tadika.
Cuma kali ini Intan tidak dapat menahan sebak itu dan menangis.
Netizen berkongsi pengalaman mereka, di mana ada yang mengakui turut berasa sebak ketika menghantar anak sulung mereka ke sekolah.
Harris agak terkejut kerana tak sangka ada juga ‘geng’ isterinya di kalangan netizen yang menjadi pengikut mereka.
@harrisalif Dah lama Mommy tahan sedaya upaya tapi harini ternangis jugak .. 🤪🤣
Yang lain pula tertarik dengan cara Intan Ladyana yang dianggap agak manja bila menangis. Namun suaminya, berkata: “Lepas habis tangisan, dah tak manja dah.”
Seorang lagi berkata: “Aku tak sempt nangis anak dah suruh balik, terus jadi sombong, buat-buat tak kenal ibu dia lepas dapat kawan baru. Ayah dia geleng kepala je.”
Bukan sahaja kaum ibu, malah ada juga dari kalangan ayah yang dikatakan sanggup beli binokular kerana risau dengan keadaan anak di sekolah. Kebetulan sekolah anak mereka pula dekat dengan rumah.
Tidak kurang juga yang berkongsi kisah sebaliknya: “Apasal mak aku dulu terbalik. Makin aku menangis makin dia laju dia bawa motosikal tinggalkan aku dalam pagar tadika.”
Apapun perkongsian itu benar benar menarik perhatian ramai yang sudah berkeluarga.