Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mendapat kritikan hebat susulan keputusan mereka untuk membenarkan atlet dari Israel bagi bertanding dalam temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Minggu ini, banyak kempen yang dijalankan di seluruh dunia dimana mereka mendesak badan itu untuk menggantung semua atlet dari negara zionis atas kekejaman yang dilakukan oleh rejim itu terhadap rakyat Palestine.
Baca Juga:
- Sukan Olimpik: Perancis Larang Atlet Wanita Memakai Tudung Ketika Bertanding
- Adidas Gugurkan Bella Hadid Daripada Kempen Selepas Terima Kritikan Kerajaan Israel
- Israel Patut Digantung Selepas Langgar Statut FIFA
Menurut aktivis yang terlibat, IOC sepatutnya menghukum Israel seperti yang pernah mereka lakukan ke atas Russia dimana badan itu menggantung atlet dari negara itu dari menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa selepas berperang dengan Ukraine.
Di laman media sosial beredar hashtag seperti #BanIsraelFromParisOlympics yang dilancarkan oleh aktivis sebagai salah satu langkah untuk mendesak agar atlet Israel tidak dibenarkan bertanding dalam temasya edisi kali ini.
Perancis sebagai tuan rumah turut menerima kecaman dimana mereka dianggap tidak berperikemanusiaan selain memihak kepada rejim zionis dengan membenarkan atlet dari Israel mengambil bahagian.
Menurut laporan Reuters, Perancis memberikan perlindungan penuh selama 24 jam ke atas atlet Israel selepas ada dakwaan dari salah seorang ahli politik sayap kiri negara itu yang mengatakan kehadiran kontinjen Israel tidak diterima di Perancis.
Menteri Dalam Negeri Perancis GĂ©rald Darmanin berkata dalam temu bual TV pada petang Ahad bahawa atlet Israel akan dilindungi sepanjang berada di negara itu bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
Darmanin bercakap selepas ahli parlimen parti saya kiri iaitu France Unbowed (LFI), Thomas Portes berkata atlet Israel tidak dialu-alukan di Perancis, dan perlu ada bantahan terhadap penyertaan mereka dalam temasya itu.
“Kini tinggal beberapa hari lagi untuk acara antarabangsa yang akan diadakan di Paris, iaitu Sukan Olimpik. Dan saya di sini untuk mengatakan bahawa tidak, delegasi Israel tidak dialu-alukan di Paris. Atlet Israel tidak dialu-alukan di Olimpik,” katanya sambil bertepuk tangan, menurut imej yang disiarkan di media sosial.