Salah satu pusat beli belah terkemuka negara, IOI City Mall mencari imam sepenuh masa bagi memimpin solat di surau serba baharu mereka.
IOI City Mall menggunakan platform mencari kerja iaitu Jobstreet dimana mereka membuka peluang kepada sesiapa yang berminat dan mempunyai kemampuan serta kebolehan untuk memimpin solat di surau mereka.
Baca Juga:
- IOI City Mall Cari Imam Surau Sepenuh Masa
- Boleh Solat Jumaat Di IOI City Mall Mulai 6 September Ini
- Jenama Premium MLB Buka Butik Pertama Malaysia Di IOI City Mall
Antara tugasan yang perlu dilaksanakan oleh imam yang terpilih nanti termasuk memimpin solat fardhu lima waktu, solat sunat terawih, solat sunat Aidil Fitri dan juga solat Jumaat.
Selain itu, imam juga perlu membacakan khutbah yang berinspiratif kepada jemaah setiap kali solat jumaat diadakan.
IOI City Mall mencari Imam utk dihire guys.
Siapa berminat boleh apply di sinihttps://t.co/6ZSIOb8t2h pic.twitter.com/qlOrhIyd8U
— Khairul Aqmal 🍉 (@KhairulAqmal) September 22, 2024
Tidak terhenti di situ, imam yang terpilih juga perlu menguruskan program pendidikan agama termasuk kelas al-Quran dan pengajian Islam selain menawarkan kaunseling rohani dan emosi kepada ahli masyarakat mengenai pelbagai perkara peribadi dan agama.
Berikut merupakan tugasan lain yang perlu dilakukan oleh imam yang terpilih:
• Menjalankan perkhidmatan pengebumian dan memberi sokongan kepada keluarga yang kehilangan.
• Bekerjasama dengan lembaga atau jawatankuasa masjid mengenai perancangan strategik dan pengurusan masjid
operasi.
• Mengawasi pengurusan dan kemudahan Surau lain dan memastikannya diselenggara dengan baik.
• Berkhidmat sebagai wakil masjid di media dan di majlis-majlis awam.
Selepas surau baharu itu siap, Solat Jumaat pertama diadakan bermula pada 6 September dari jam 12 tengah hari hingga 3 petang. Lokasinya terletak di Musalla, East Wing, IOI City Mall, di belakang Poh Kong.