Apple baru sahaja memperkenalkan telefon pintar model terbaharu iaitu iPhone 16e yang lebih mesra poket untuk para peminat di luar sana.

Namun, benarkah ia merupakan alternatif terbaik kepada iPhone 16 biasa yang dilancarkan pada tahun lalu?

Iphone -6e
Sumber Gambar: Apple

Walaupun dijanjikan dengan teknologi yang canggih serta ketahanan bateri yang lebih bagus, sebenarnya ada sebab mengapa model iPhone 16e boleh ditawarkan dengan harga yang lebih marhaen.

Ini kelemahan yang didapati pada iPhone 16e

Tiada dynamic island
Iphone 16e
Sumber Gambar: otofly

iPhone 16e pada kali ini dilihat masih menggunakan rekaan notch yang terdahulu, sedangkan model iPhone 16 biasa mempunyai ciri dynamic island yang mana memberikan bonus pengalaman paparan yang lebih interaktif.

Tahap kecerahan yang rendah
Iphone 16e
Sumber Gambar: Apple Insider

Pada dasarnya, iPhone 16e memang memiliki kecerahan skrin yang agak terang kerana boleh dinaikkan semaksimum 1,200 nits, sedangkan model iPhone 16 biasa menawarkan tahap kecerahan yang lebih tinggi iaitu 1,000 nits dan berupaya dinaikkan sehingga 2,000 yang mana cukup jelas untuk kegunaan di kawasan terbuka.

Malah, iPhone 16 biasa mempunyai keupayaan menurunkan kecerahan minimum 1 nits tetapi tidak tersedia untuk model bajet ini.

Sistem kamera yang ala kadar
Iphone 16e
Sumber Gambar: BGR

Ya betul, iPhone 16e dilengkapi dengan kamera utama sebesar 48MP dengan wide-angle padanya tetapi kekuranganya adalah tidak didatangkan sekali bersama lensa ultrawide seperti iPhone 16 biasa. Dengan ini, pemilik iPhone 16e secara automatiknya tidak mendapat akses kepada ciri ultrawide dan makro.

IPhone 16e
Sumber Gambar: Phonearena

Walaupun hadir dengan Action Button, iPhone 16e juga tidak mendapat akses kawalan butang kamera seperti yang tersedia pada iPhone 16 biasa. Ini bakal memberi limitasi kepada keupayaan pengalaman fotografi yang fleksibel di dalam dunia sebenar.

Lebih mengeruhkan keadaan lagi apabila  iPhone 16e tidak dilengkapi action mode untuk rakaman yang lebih stabil dengan mod sinematik.

Tiada sokongan MagSafe
Iphone 16e
Sumber Gambar: Aleph

Bukan sekadar itu sahaja, iPhone 16e juga menghadapi kekangan dalam sokongan MagSafe, yang bermaksud tidak boleh menggunakan aksesori MagSafe dan juga solusi pengecasan sokongan wireless Qi2 Ready yang tersedia pada iPhone 16 biasa.

Spesifikasi yang lebih rendah
Iphone 16e
Sumber Gambar: Apple

Atas kertas, kedua-kedua model dikuasakan dengan cip yang sama iaitu A18, bagaimanapun iPhone 16e didatangkan dengan cip GPU versi 4-core sementara iPhone 16 biasa hadir dengan cip GPU versi 5-core yang mana berpotensi memberikan prestasi dan visual grafik yang lebib mantap.

Tiada sokongan ciri UWB
Iphone 16e
Sumber Gambar: Hardwarezon

UWB adalah ciri sambungan yang paling menarik kerana ia pantas mengenalpasti aksesori dan turut menyokong ciri carian yang sangat jitu. Tetapi sayang sekali, iPhone 16e tidak didatangkan bersama namun ia tersedia pada model iPhone 16 yang dilancarkan pada tahun lalu.

Ciri ini sangat penting untuk penjejakan peranti Apple lain dengan lebih tepat seperti AirTag atau AirPods lebih-lebih lagi bila berlaku kehilangan.

Tambahan lain, pilihan warna yang terhad juga bakal mempengaruhi seseorang individu dalam membuat keputusan pembelian iPhone mereka. Boleh jadi ada yang tidak suka warna yang terlalu biasa seperti hitam atau putih yang tersedia pada barisan iPhone 16e kali ini.

Patut ke beli iPhone 16e?

Pada pandangan  penulis sendiri, model 16e ini hanya sesuai untuk mereka yang mahu berjinak dengan ekosistem iOS tetapi tidak mahu berbelanja besar untuk model yang lebih premium.

Untuk merasai pengalaman iPhone yang sebenar, sebaiknya anda menambah sedikit lagi bajet kerana terdapat sejumlah penawaran prestasi yang lebih bagus serta ciri-ciri menarik lain seperti OIS pada kamera yang didambakan para pecinta fotografi menerusi iPhone 16 biasa.

Boleh disimpulkan sebagai satu kerugian kerana banyak ciri yang tidak disokong dan terdapat kelemahan dari segi prestasi yang bakal memberi kesan penggunaan seharian kelak.