Asia bukan sahaja dikenali sebagai benua paling padat penduduk, tetapi kini juga tampil sebagai pusat kepada orang bijak pandai apabila dibuktikan dengan mendominasi data IQ tertinggi dunia.

Data terkini dari World Population Review 2024 menunjukkan bahawa empat negara Asia Timur — China, Taiwan, Hong Kong, dan Macau — berkongsi takhta sebagai negara dengan purata IQ tertinggi di dunia, mencatatkan angka 107.

IQ

Sekilas pandang, ia mungkin kelihatan seperti sekadar statistik biasa, tetapi angka ini membawa makna bahawa kecerdasan manusia kini semakin beralih ke Timur.

Korea Selatan, Jepun Dan Iran

Korea Selatan dan Jepun mengikuti rapat dengan skor 106, mengukuhkan kedudukan Asia Timur sebagai pusat intelektual jauh mengatasi kebanyakan negara Barat yang sebelum ini sering dianggap sebagai pusat pendidikan dan kemajuan teknologi.

Namun, apa yang lebih menarik ialah Iran — negara dari Timur Tengah — yang turut mencatatkan skor IQ 106, setaraf dengan Jepun dan Korea Selatan.

IQ

Walaupun angka ini masih diperdebatkan oleh pengkaji (termasuk data alternatif dari Lynn & Becker), ia menunjukkan adanya kebangkitan baru dari negara yang sering dipandang dari sudut geopolitik berbanding potensi intelektualnya.

Skor IQ – Malaysia Di Mana?

Malaysia mencatatkan skor purata IQ 100. Ini meletakkan Malaysia setaraf dengan Vietnam dan tidak jauh dari Thailand (102) serta Singapura (105) yang kekal sebagai negara Asia Tenggara dengan skor tertinggi.

IQ

Bagaimanapun, beberapa negara jiran seperti Indonesia (93.2), Bangladesh (96.5), dan Filipina (96.7) masih jauh ketinggalan apabila mencatatkan skor di bawah paras global.