Iran kecewa dan menuduh Amerika Syarikat sebagai pengkhianat perjanjian diplomasi dengan mereka. Ini apabila Washington menghantar bantuan ketenteraan kepada Tel Aviv.

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, negara itu mengecam sekerasnya tindakan A.S menyerang kawasan nuklear yang dianggap mencabuli undang undang antarabangsa.

Tehran menganggap A.S adalah pengkhianat kepada rundingan nuklear, apabila kini bertanggungjawab dalam membantu puak penceroboh. Dan ia juga telah membuka jalan kepada keganasan.

Trump pengkhianat

Aragachi menyatakan bahawa: “Donald Trump bukan sahaja pengkhianat diplomasi dan rundingan dengan Iran, dia juga telah menipu rakyat A.S sendiri.

“A.S telah melangkaui garis merah yang melampau kali ini.”

A.S telah menghantar pesawat pengebom B-2 yang berkeliaran di udara Tehran selama 37 jam dan mengisi minyak di atas udara di sekitar kawasan nuklear Iran di Fordow, Natanz dan Isfahan.

pesawat b2

Serangan itu menyasarkan fasiliti yang disyaki membangunkan program nuklear Iran, walaupun tiada kecederaan serius atau kebocoran radiasi dilaporkan setakat ini.

Jurucakap Rumah Putih mengesahkan penglibatan Amerika, menyifatkannya sebagai “langkah pencegahan” bagi menghalang Iran daripada mempercepatkan pembangunan senjata nuklear.

Sementara itu, Donald Trump dalam kenyataan di Truth Social memuji operasi itu sebagai “berjaya dan perlu.”

as pengkhianat

Sebagai tindak balas, jurucakap Kementerian Luar Iran, Abbas Araghchi, mengecam tindakan tersebut sebagai penkhianat dan menyatakan bahawa “diplomasi telah dikhianati sepenuhnya.”

Iran Label Trump Pengkhianat Kerana Bantu Tel Aviv

Beliau turut memberi amaran bahawa Iran akan mempertimbangkan semua opsyen termasuk tindakan ketenteraan balas terhadap AS dan Israel.

PBB & IAEA seru semua pihak tenang

Serangan itu telah mencetuskan kebimbangan meluas di peringkat antarabangsa.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijadualkan bersidang secara tergempar, manakala Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) menyatakan kebimbangan berhubung keselamatan tapak nuklear yang terlibat.

Iran Label Trump Pengkhianat Kerana Bantu Tel Aviv

Negara-negara Eropah termasuk Jerman, Perancis dan Britain menggesa semua pihak agar kembali ke meja rundingan dan mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan perang berskala penuh di rantau itu.

Iran: “Garis merah sudah dilanggar”

Dalam kenyataan rasmi dari Tehran, Iran menegaskan bahawa serangan tersebut telah “melangkaui garis merah” dan mendakwa tindakan bersama AS-Israel sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa.

Mereka kecam penglibatan pengkhiatan diplomasi seperti A.S yang diketuai Donald Trump.

Cristiano Ronaldo Hadiahkan Donald Trump Jersinya Bertandatangan Dengan Mesej Khas

Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, dalam ucapan di Teheran menyatakan bahawa negaranya tidak akan tunduk kepada paksaan dan akan mempertahankan kedaulatan serta haknya untuk membangunkan tenaga nuklear untuk tujuan aman.

Kesan kepada rundingan nuklear

Serangan ini juga dikatakan menjejaskan sepenuhnya usaha diplomasi yang sedang diusahakan oleh Oman dan beberapa negara berkecuali.

Rundingan nuklear yang dijadualkan berlangsung minggu depan kini berdepan ketidakpastian, apabila Iran menarik diri daripada sesi dialog tersebut.

Penganalisis politik antarabangsa menjangkakan krisis ini boleh mengheret dunia ke kancah ketegangan baharu, memandangkan penglibatan langsung AS dilihat sebagai perubahan dasar ketara berbanding pentadbiran sebelumnya yang cuba mengekang konfrontasi terbuka.