Sempadan darat antara Malaysia dan Indonesia terbentang sepanjang 1,881 kilometer (1,169 batu) di pulau Borneo. Sempadan ini memisahkan wilayah Malaysia (Sabah dan Sarawak) di utara dan wilayah Indonesia (Kalimantan Utara, Kalimantan Timur, dan Kalimantan Barat) di selatan.

Bagaimanapun, kualiti fasiliti jalan raya di antara kedua-dua negara bagai langit dengan bumi jika nak dibandingkan pada ketika ini.

Tular sebuah video yang dirakam oleh warga Indonesia yang memperlihatkan realiti sebenar keadaan jalanraya di antara Malaysia dan negaranya di sempadan darat itu.

Menerusi video yang tular itu, ia menunjukkan jalan di bahagian Indonesia yang masih berupa tanah merah dan belum diturap, manakala jalan di Sarawak, Malaysia, kelihatan elok berturap dan dibina dengan baik hanya beberapa langkah dari sempadan.

@aisyahazzahrah11

♬ suara asli – Borneo_Piyu27 – CheCha19

Video yang berjaya meraih lebih 8.4 juta jumlah tontonan itu langsung menjadi perbualan sensasi antara dua negara yang disebut.

Menjengah ke ruangan komentar, selain kelihatan iri hati dengan perbandingan itu, majoriti netizen dari Indonesia memberi alasan sebab mengapa kebajikan seperti fasiliti jalan raya susah mendapat perhatian kerana negaranya terlalu besar.

Oleh itu, pihak pemerintah mengalami kesukaran menyediakan fasiliti jalan raya yang baik apatah lagi sekadar di sempadan berkenaan.

Mereka juga tampak bangga kerana mempunyai negara yang terbentang luas berbanding Malaysia ini dan mendakwa susulan saiz kecil maka lebih senang untuk diuruskan.

sempadan
Sumber Gambar: TikTok
sempadan
Sumber Gambar: TikTok

Sementara netizen tempatan dari Malaysia hanya melihat sebagai satu pencapaian meskipun  hanya di sempadan, tetap kemudahan dari pihak Malaysia yang lengkap dengan jalan berturap yang dalam keadaan baik.

Ada netizen yang sempat meninggalkan komentar sinis di mana mendakwa jalan raya yang diturap lebih sedikit ke bahagian perbatasan Indonesia hanyalah ihsan dari kerajaan Malaysia juga.