Kes pasangan curang adalah sesuatu yang biasa kita baca di media sosial. Pasangan biasanya akan sedih kerana dicurangi tetapi tidak bagi wanita dari Filipina ini.

Jamille Margarita Galvez berpendapat tiada guna beliau bersedih terhadap suaminya yang curang dan membuat keputusan untuk menjual barangan streetwear mewah kepunyaan lelakinya secara live di Facebook.

Sesi live beliau itu menarik perhatian ramai apabila ditonton oleh ribuan pengguna Facebook dan dikongsi lebih 28,000 kali. Sesi live itu menarik perhatian ramai kerana Jamille menggunakan perkataan yang lucu dan berjenaka tentang situasi yang dialaminya.

“Saya janji, semua barangan ini adalah original dan dalam keadaan baik, cuma pemiliknya yang tidak baik,” penerangan Jamille terhadap barangan kepunyaan lelakinya.

Beliau berjaya melelong banyak barangan daripada almari lelakinya dan antara barangan yang dijual adalah kasut Yeezy, baju Lacoste dan ‘paling istimewa’ kasut adidas x Pharrell Williams Human Race NMD Breathe/Walk, kasut pemberian daripada skandal lelaki tersebut.

Jamille turut memberi ‘peringatan’ kepada semua pembelinya. “Amaran, beli dengan risiko anda sendiri. Semua barangan ini ada ‘sumpahan’! Ia mungkin akan tukar teman lelaki anda atau suami kepada kaki perempuan yang suka menipu. Bila sarung, terus jadi lelaki gatal! Bonus kemungkinan bertukar jadi kaki judi juga,” katanya berseloroh.

Rata-rata wanita yang pernah berdepan dengan situasi sama seperti Jamille memberi sokongan moral kepada Jamille ketika sesi live tersebut. Mereka juga memuji sikap positif dan kelakar Jamille ketika mengendalikan sesi live tersebut

Jamille berkata beliau berjaya meraih jualan sebanyak USD5,778 (~RM24,328) dalam dua sesi live. Tambahnya, hasil jualan tersebut akan digunakannya untuk menyara anaknya yang masih kecil.

Ini beberapa sesi live lain yang mendapat perhatian ramai sebelum ini. Baca lagi pada pautan di bawah.

‘Tanah Ini Milik Kami’- Jawapan Influencer Israel Dalam Live Caprice Bikin Netizen Bengang

Ebit Lew Jawab 10 Dakwaan Yang Dibuat Caprice Dan Nadir Al-Nuri Secara ‘Live’