Isteri Harith Iskander iaitu Dr Jezamine Lim secara terbuka kecewa dengan hukuman ke atas pembuli siber yang menyebabkan kematian pempengaruh Rajeswary Appahu atau Esha.
Influencer Cabut Nyawa Sendiri Kerana Dibuli Siber Di Tik Tok
Di mana pembuli itu hanya didenda RM100 sahaja. Lebih menyakitkan hati Dr Jezamine adalah cara wanita itu keluar dari mahkamah dengan wajah angkuh dan sombong bersama dengan seorang lelaki yang dipercayai bapanya.
Pembuli siber bernama Shalini Periasamy mengaku bersalah ke atas hantaran di TikTok yang berbaur pembulian siber kepada Esha.
Tetapi apa yang membuatkan Dr Jezamine kecewa adalah hukuman RM100 ke atas Shalini, dan dia cuma akan dipenjara 7 hari jika gagal membayar denda. Hukuman itu dianggap terlalu ringan.
Dr Jezamine malah menganggap denda membuang sampah merata pun lebih berat iaitu RM500 untuk setiap kesalahan.
Dipetik dari laman Oh Bulan, menerusi satu post di Instagram, Dr Jezamine berkata: “Saya bukanlah pakar dalam bidang undang-undang tapi saya tak pernah dengar bayaran denda RM100 terutama tentang perkara yang serius seperti buli siber.
“Denda untuk buang sampah di tempat yang tak sepatutnya pun dikenakan denda sebanyak RM500. Dan dalam kes ini pembulian dilakukan sehingga meragut nyawa mangsa.”
Berdasarkan cara pembuli siber itu keluar dari mahkamah, Dr Jezamine menganggap pembuli itu tidak kesal menunjukkan dia serik dengan perbuatannya itu.
Shalini Periasamy, is going viral for smirking after being charged at court.
After pleading guilty to cyberbullying Esha, the TikToker who died by suicide on 5 July, Shalini's proud strut after leaving court left netizens with a bad taste in their mouth.#TVSEntertainment pic.twitter.com/g0b4dIQN1X
— TVS Entertainment (@TVS_Ent) July 17, 2024
“Dan dengan wajah sombong dan kelakuannya semasa keluar daripada mahkamah, dia nampak sangat selesa dengan perbuatannya yang menjurus kepada kematian seorang wanita. Dalam keadaan lain, kes ini boleh disamakan dengan pembunuhan,” tegas Dr Jezamine.
Dr Jezamine berharap keluarga mangsa agar kekal tabah. Terutama sekali seluruh rakyat Malaysia berada di belakang mereka untuk menyokong mereka.
Dr Jezamine Lim masih berharap pihak berkuasa mengenakan hukuman lebih berat ke atas pesalah buli siber terutama sekali yang menyebabkan mangsa depresi dan mencabut nyawa sendiri.
Komen Dr Jezamine Lim itu mendapat sokongan daripada netizen yang menganggap hukuman itu terlalu tak masuk akal.