Baru-baru ini, sebuah video TikTok milik influencer Bosmel tular di media sosial dimana memaparkan pasangan muda kerja keras berniaga roti canai pada waktu malam.

Menerusi video terbabit, dapat dilihat pasangan tersebut sedang sibuk menguruskan pesanan pelanggan. Apa yang meraih perhatian adalah wanita tersebut sedang hamil tetapi masih gigih membantu suaminya berniaga.

Baca Juga:

@bosmel

ibu mengandung tapi tetap kerja keras tolong suami 🥲

♬ original sound – Bosmel – Bosmel

Susulan itu, Bosmel telah berkongsi rezeki dengan pelanggan di foodtruck tersebut dengan belanja makanan yang mereka makan dan juga memberikan wang kepada pasangan itu.

Bukan itu sahaja, influencer tersebut terlihat tersentuh hati melihat bagaimana pasangan muda kerja keras dan berasa sayu melihat keadaan ibu mengandung tersebut.

Lelaki tersebut juga ada mengatakan bahawa ketika dia berumur 13 tahun, keluarganya sangat susah sehingga tidak mampu meneruskan persekolahan atas faktor kewangan. Saat ini, dia mencari pekerja untuk membantunya tetapi sukar mendapatkan pekerja.

Menurut lelaki tersebut, isterinya berehat pada waktu pagi, manakala dia berniaga juga pada waktu pagi dan hanya membantunya pada waktu malam.

Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian netizen dan menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kematangan pasangan ini walaupun mereka masih muda dimana baru berumur 20 dan 21 tahun.

Para netizen turut mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan dan juga turut tersentuh hati melihat bagaimana mereka bekerja keras untuk mencari rezeki.