Isu Ellie Suriatyy dan Imran Bard adalah contoh buli siber yang berlaku di media sosial menurut FINAS.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berharap kejadian ini akan dijadikan pengajaran oleh semua pihak.

Ini kerana netizen secara tanpa disedari boleh menjadi penyumbang kepada budaya buli siber ini jika tidak berhati hati dalam memberikan komen di media sosial.

Azmir menegaskan bahawa setiap pengguna media sosial harus peka dan tahu batas sebelum melakukan sesuatu perkara di media sosial.

Komen facebook

“Tanpa kita sedari, kita boleh jadi penyumbang kepada buli siber jika tak berhati hati dalam membuat sesuatu komen atau reaksi dalam media sosial,” tegas Datuk Azmir Saifuddin kepada mStar.

Di samping itu, CEO FINAS itu turut meminta orang ramai jangan pernah lupa akan agama, budaya dan adab mereka ketika berkomunikasi di alam maya atau menghasilkan konten.

Lantas, Datuk Azmir Saifuddin berharap isu Ellie Suriaty dan Imran Bard dapat diselesaikan dengan segera oleh dua personaliti tersebut.

imran bard

Harap isu Ellie Suriaty dan Imran Bard diselesaikan cara baik

Dengan populariti dimiliki dua tokoh tersebut di kalangan generasi berbeza usia, Azmir yakin, jika perkara ini dapat diselesaikan dengan baik, ia akan memberikan pengaruh positif kepada penggguna media sosial yang lain terutamanya generasi muda.

Azmir harap isu ellie suriaty imran bard selesai

“Saya berharap mereka berdua dapat berjumpa dan bersemuka untuk selesaikan perkara ini dengan baik.

“Saya yakin, apabila ia dapat diselesaikan dengan baik, ia akan menjjadi contoh yang baik kepada semua,” tambah Azmir.

Ellie Suriaty

FINAS menerima aduan daripada Ellie Suriaty yang mendakwa dia terkilan dengan konten Imran Bard yang mencalarkan imejnya.

Ini termasuk anaknya yang tertekan di sekolah kerana pelajar lain mulai mengaitkan ibunya sebagai seorang yang mengambil barang terlarang.

Ellie Suriaty kemudian menuntut ibu bapa Imran Bard memohon maaf untuk pihak anak mereka. Namun Imran Bard menyatakan bahawa ibunya sedang sakit berada di wad.

Imran Bard kemudian ditegur ramai pihak selepas membuat permohonan maaf dengan nada tidak serius dan dianggap agak biadap.

imran bard balas ellie suriaty

Isu Ellie Suriaty dan Imran bard itu terus panas. Di mana Ellie Suriaty sedia menziarahi ibu Imran Bard yang sakit dan meneruskan tuntutan permohonan maaf.

Tidak lama kemudian influencer itu akui kesilapannya dan meminta maaf secara ikhlas dan menegaskan dia sedia bersemuka dengan Ellie Suriaty.

Imran Bard akui dia membuat konten parodi berdasarkan nama nama artis legenda yang dia minati.

Imran Bard Minta Maaf Guris Hati Ellie Suriaty

Ellie Suriaty akhirnya sedia berjumpa dengan Imran Bard untuk menyelesaikan perkara tersebut yang akan menentukan sama ada dia akan meneruskan tindakan perundangan atau tidak.

Netizen juga berharap isu Ellie Suriaty dan Imran Bard ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya.