Baru-baru ini, Amerika Syarikat dikejutkan dengan kebocoran maklumat sulit milik Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat iaitu video penampakan kapal angkasa makhluk asing atau UFO berlegar di ruang udara San Diego.

Difahamkan video tersebut telah dirakam sendiri oleh pihak United States Navy Pilot pada Julai 2019. Disebabkan video tersebut telah ‘bocor’, jurucakap The Pentagon, Sue Gogh tampil untuk memberikan penjelasan kepada CNN.

Gough berkata kepada wartawan CNN bahawa video dan gambar tersebut telah menunjukkan objek berbentuk segitiga yang berkelip terbang di langit. Namun apa yang pasti, objek ini masih lagi dikategorikan sebagai ‘fenomena udara yang belum dikenal pasti atau Unidentified Aerial Phenomena (UAP).

Ujarnya lagi, pihak pertahanan AS tidak akan mengulas lebih lanjut mengenai video itu atau berkongsi sebarang hasil siasatan ke atas video berkenaan kepada umum.

“Demi menjamin keselamatan operasi, pihak Jabatan Pertahanan tidak akan sesekali mendedahkan maklumat sulit ini kepada umum kerana maklumat sebegini sangat berguna dan pihak musuh pastinya akan menceroboh sistem keselamatan Amerika Syarikat.

“Pihak Jabatan Pertahanan juga tidak akan sesekali membincangkan perkara ini secara umum sama ada berkaitan dengan pemerhatian dan pemeriksaan yang melibatkan objek yang dikategorikan sebagai UAP,” kata Gough dalam satu kenyataan media.

Tentera Jepun telah mengeluarkan panduan untuk menghadapi ancaman makhluk asing dan UFO. Klik pada pautan di bawah untuk membacanya.

Tentera Jepun Siap Sedia ‘Perang’ Dengan Makhluk Asing, Keluarkan Panduan Hadapi UFO

Tahun Hadapan, Kerajaan Indonesia Mahu Fokus Cari Makhluk Asing Dan Planet Mirip Bumi

Profesor Dari Israel Dakwa ‘Alien’ Wujud, Amerika Syarikat Ada Buat Perjanjian Dengan Mereka

Sumber