Pelakon legenda Hong Kong, Jackie Chan, baru-baru ini telah mendedahkan satu rahsia mengejutkan mengenai keluarganya: ayahnya, Charles Chan, pernah menjadi perisik untuk kerajaan China pada tahun 1940-an.

Jackie Chang kongsi cerita

Pendedahan ini dibuat dalam satu wawancara retrospektif bersama portal PEOPLE, di mana Jackie Chan, yang kini berusia 71 tahun, menceritakan detik ketika ayahnya memberitahu rahsia tersebut semasa mereka sedang memandu bersama-sama.

Jackie Chan Dedahkan Ayahnya Seorang 'Spy': 'Nama Sebenar Kami Fang Bukan Chan'

Charles Chan, yang nama asalnya adalah Fang Daolong, bekerja sebagai perisik untuk Parti Nasionalis Kuomintang yang dipimpin oleh Chiang Kai-shek.

Daolong melarikan diri ke Hong Kong pada tahun 1950-an untuk mengelakkan penangkapan oleh kerajaan Komunis itu.

Dalam perbualan itu, Charles juga mendedahkan bahawa nama keluarga sebenar mereka adalah “Fang”, bukan “Chan”.

Jackie Chan turut menceritakan: “Semasa kecil saya kanak kanak nakal, selalu bergaduh dengan kanak kanak lain.

“Kalau ayah saya dapat tahu, dia sentiasa memukul saya dan pergi ke setiap pintu rumah [kanak kanak bergaduh dengan saya] untuk meminta maaf,” tegas Jackie Chan.

Dia mulai dihantar oleh ayahnya ke kelas seni mempertahankan diri kerana ayahnya mengesan bakatnya. Jackie Chan terlibat dengan kumpulan opera yang menggunakan seni bela diri dalam persembahan mereka.

Oleh kerana tiada duit untuk berhibur, atau tiada telefon pintar seperti hari ini: “Hanya satu cara kamy menghabiskan masa adalah dengan ‘sparring’,” tambah Jackie Chan yang berkongsi detik awal dia mengembangkan bakat seninya.

Jackie Chan kemudian berkongsi cerita dia menjadi stunt man untuk filem Bruce Lee, ketika itu tiada siapa mengenalinya. Dia menceritakan bahawa Bruce Lee sebagai seorang yang sangat baik dan menyukainya.

Jackie Chan Dedahkan Ayahnya Seorang 'Spy': 'Nama Sebenar Kami Fang Bukan Chan'

Bercakap tentang kawan baiknya, dia menganggap Michelle Yeoh sebagai rakan baiknya.

“Saya kenali dia ketika dia menjadi Ratu Malaysia, kami berlakon dalam satu iklan. Dan kemudian bekerjasama dalam file genre super cop. Dia seorang yang berbakat, dan mahu melakukan semua aksi lagak ngeri sendiri.

“Dia adalah kawan baik saya. Saya akan sentiasa ada jika dia menghubungi saya. Dan dia sentiasa ada ketika dia menghubungi saya,” tegas Jackie Chan.

Jackie Chan Dedahkan Ayahnya Seorang 'Spy': 'Nama Sebenar Kami Fang Bukan Chan'

Kisah hidup keluarga Chan telah didokumentasikan dalam filem dokumentari tahun 2003 berjudul Traces of the Dragon: Jackie Chan and His Lost Family yang diarahkan oleh Mabel Cheung.

Dokumentari ini turut mendedahkan bahawa ibu Jackie, Lee-Lee Chan, pernah menjadi penyeludup candu dan penjudi terkenal di Shanghai sebelum berpindah ke Hong Kong.

Jackie Chan mengakui bahawa beliau hanya mengetahui tentang sejarah keluarganya yang penuh warna-warni ini pada usia 40-an.

Beliau menyatakan bahawa pendedahan tersebut memberikan perspektif baharu terhadap kehidupan dan keluarganya. Kini, Jackie Chan kembali ke layar perak dalam filem terbaru *Karate Kid: Legends yang sedang ditayangkan di pawagam.