Setiap tahun pemilik hartanah perlu membayar cukai taksiran atau dikenali sebagai ‘cukai pintu’ kepada pihak berkuasa tempatan, sama ada Majlis Daerah atau Perbandaran. Sebagai tanda menghargai pembayar cukai taksiran buat warga Selangor, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menghadiahkan payung secara percuma.

Payung itu diberikan hanya kepada setiap pemilik harta yang menjelaskan cukai taksiran dengan mematuhi syarat ditetapkan.

Baca Juga:

Nampak pemberian itu seperti tidak seberapa, namun payung tersebut menjadi bualan warganet ketika ini.

Difahamkan sejak dahulu lagi ada ramai yang memburu untuk mendapatkan payung percuma tersebut setiap tahun dan dijadikan sebahagian koleksi peribadi.

Payung itu mempunyai saiz sebesar payung golf dan memiliki ketahanan boleh dipakai dalam satu jangka masa panjang. Ia ditawarkan beberapa warna, mengikut stok yang ada.

Untuk mendapatkan payung percuma itu sangat mudah. Cukai taksiran perlulah dibayar cukup penuh setahun. Kemudian bolehlah membuat tuntutan mendapatkan payung MBSA itu.

Ada warganet yang berkongsi cara mudah untuk membuat bayaran cukai taksiran penuh, tanpa berasa terbeban.

Caranya adalah dengan setkan bayaran berulang setiap bulan. Kemudian apabila tiba tarikh terakhir, bayar bakinya dan dapatkan payung di mana-mana pejabat MBSA terdekat.

Bagi yang membayar secara dalam talian, boleh bawa resit bukti pembayaran.

Jadi Barang 'Collectible', Payung Percuma MBSA Jadi Bualan Ramai
Sumber Gambar: Threads @rebeccachan_oon

Bagi tahun 2025 ini, difahamkan warna payung yang ditawarkan adalah biru, ungu dan oren.

Oleh kerana ada pelbagai warna pilihan, ada ‘pengumpul’ yang sanggup menukar ‘suka-sama-suka’ untuk lengkapkan koleksi mereka.

Dalam pada itu, ada yang tertanya bagaimana ada orang mendapat lebih daripada satu payung.

Jawapan mudah yang dikongsikan netizen — kena miliki lebih daripada satu hartanah.