Tular sebuah video pengguna jalan raya yang berang kerana diminta untuk berhenti di tengah-tengah jalan bagi memberi laluan kepada sekumpulan kereta pengiring yang membawa seorang individu penting.

Video pendek ini pertama kali dimuat naik di TikTok oleh @anakayamkaki2 sebelum diciap pula di Twitter oleh @datukhensem. Sejak dimuat naik, ia telah mendapat perhatian ramai terutamanya netizen yang banyak menggunakan jalan raya.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Di dalam video tersebut, kelihatan beberapa penunggang motosikal diberhentikan ditengah-tengah jalan oleh pihak berkuasa. Tidak lama selepas itu, kelihatan kereta pengiring yang difahamkan membawa individu penting.

Lelaki yang merakam video tersebut kedengaran berkata beberapa kali, “Inilah puncanya,” sambil membunyikan hon beberapa kali sebagai tanda protes kepada kereta individu penting yang menyebabkan jalan sesak ditengah-tengah waktu puncak.

Setakat ini, masih belum jelas siapakah individu yang berada di dalam kereta tersebut. Kebanyakan netizen mengecam tindakan kereta tersebut yang menyumbang kepada kesesakan jalan.

Dakwa dilanggar lari ‘escort vip’, video luahan kekecewaan pemilik kereta cetus pertikaian netizen. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Dakwa Dilanggar Lari ‘Escort VIP’, Video Luahan Kekecewaan Pemilik Kereta Cetus Pertikaian Netizen

Akibat Hentikan Trafik Demi VVIP, Dua Buah Kereta Kemalangan

Konvoi VVIP Halang Ambulans Dan Lalu Lintas Di Dua Lokasi Berbeza Cetus Kemarahan Netizen