Pada awal bulan September lalu, penduduk di Sabah berasa gembira apabila melihat masalah permukaan jalan raya yang dihadapi sekian lama telah diselesaikan apabila Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billah Shah berkenan memulakan jelajah Kembara Kenali Borneo.

Bagaimanapun baru-baru ini tular semula beberapa gambar dan video menunjukkan sebahagian jalan raya di negeri itu kemabli semula seperti ‘permukaan bulan’.

Baca Juga:

Ramai mendakwa penggunaan bahan tidak berkualiti menjadi punca jalan raya terbabit menjadi rosak semula seperti sebelum ini.

Menerusi hantaran seorang pengguna Facebook, beliau mempersoalkan tindakan kontraktor yang menyelenggara Jalan Gum-Gum Batu 16 yang menggunakan batu halus dan diletakkan di atas permukaan jalan raya.

Penggunaan bahan sedemikian telah menyebabkan jalan yang baru berturap mulai pecah dan menyukarkan pengguna jalan raya yang melalui laluan berkenaan.

Memetik satu laporan, Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir berkata, meminta jalan raya di kawasan beliau perlu dibaiki dan diselanggara dengan baik kerana ia merupakan laluan utama ke Sandakan.

Terdahulu, warganet memuji penduduk setempat yang berani menyuarakan isu rakyat, termasuk situasi jalan raya yang teruk kepada baginda semasa jelajah tempoh hari.