Perjuangan skuad Malaysia dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2025 bermula pada 9.30 pagi ini apabila akan berhadapan dengan Hong Kong di Qingdao, China.
Seperti dilaporkan sebelum ini, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah memilih untuk mengadunkan pemain berpengalaman dan muda pada edisi kali ini.
Baca Juga:
- BAMTC 2025: Malaysia Diundi Bersama Indonesia, Hong Kong Dan Kazakhstan
- Senarai Pemain Malaysia Dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia 2025
- Ini Ranking Dunia Terkini Pemain Badminton Malaysia (Minggu Ketujuh 11 Februari 2025)
Melihatkan kepada ‘Order of Play’ yang dikeluarkan untuk perlawanan bertemu Hong Kong, gandingan Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin diberikan tanggungjawab untuk beraksi menentang Tang Chun Man-Ng Tsz Yau pada aksi pertama dalam beregu campuran.
Kemudiannya, K. Letshanaa pula akan turun beraksi dalam perseorangan wanita dengan menentang Saloni Samirbhai Mehta.
Tugas berat menanti pemain perseorangan lelaki, Justin Hoh yang akan membuat perhitungan dengan Lee Cheuk Yiu manakala gandingan Go Pei Kee-Teoh Mei Xing pula berdepan Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam bagi acara beregu wanita.
Aksi terakhir menyaksikan pasangan beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun akan bertemu Heung Kuei Chun-Lui Chun Wai.
Sekiranya menang pada perlawanan ini, Malaysia akan mengesahkan tempat ke suku akhir selepas Indonesia meraih kemenangan 5-0 ke atas lawan sama, semalam.
Sejak pertandingan dwitahunan ini mula dipertandingkan pada 2017, Malaysia menamatkan kesemua saingan tersebut di peringkat suku akhir.
Berikut merupakan senarai penuh pemain Malaysia yang akan beraksi dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia 2025:
Perseorangan Lelaki
1) Leong Jun Hao
2) Justin Hoh
Perseorangan Wanita
1) K. Letshanaa
2) Wong Ling Ching
Beregu Lelaki
1) Man Wei Chong-Tee Kai Wun
2) Wan Arif Junaidi-Yap Roy King
Beregu Wanita
1) Go Pei Kee-Teoh Mei Xing
2) Tan Zhing Yi-Cheng Su Hui
Beregu Campuran
1) Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie
2) Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin