Saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) Divisyen 1 2025 akan bermula pada minggu hadapan dengan penyertaan lapan pasukan bagi merebut kejuaraan bagi kejohanan edisi kelima.
Johor Darul Ta’zim (JDT) yang merupakan juara bertahan MPFL Divisyen 1 bakal diperkuatkan dengan kehadiran Syed Aizad Daniel Syed Nasir dan Aliff Mat Amin untuk memantapkan lagi pasukan.
Baca Juga:
- MPFL Divisyen 1: Ini Perubahan Boleh Dilakukan Untuk Tarik Penyertaan Lebih Banyak Pasukan
- Belasah KL City, JDT Muncul Juara MPFL Divisyen 1 2024
- MPFL 2024: JDT, Pahang Rangers Tewas Sama-Sama
Selangor yang dilihat merupakan pencabar terkuat JDT juga bakal menyaksikan perubahan dengan kemasukan duo Pahang Rangers, Saiful Nizam Mohd Ali dan Nazreen Saude serta bekas pemain Shah Alam City, Farhan Khairul Anuar.
Cabaran daripada Pahang Rangers juga tidak wajar dipandang sepi bersandarkan kehadiran pemain import berkualiti tinggi, Matheus Mora yang jelas dapat meningkatkan kemampuan skuad tersebut.
Selain tiga pasukan tersebut, saingan MPFL divisyen 1 turut bakal menampilkan Sabah, Kedah, TOT United, Malaysian University (MUFT) dan KL City.

Berikut merupakan jadual penuh melibatkan kesemua pasukan dalam kempen MPFL Divisyen 1 bagi tahun 2025:
MPFL Divisyen 1 2025
Hari Perlawanan 1 (8 Mac 2025) – Sabtu
1) JDT lawan MUFT – Stadium Bandaraya Pasir Gudang – 9.30 Malam
2) Selangor lawan Kedah – Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam – 9.30 Malam
3) TOT United lawan Sabah – Ortuseight Arena – 9.30 Malam
4) Pahang Rangers lawan KL City – Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan – 9.45 Malam
Hari Perlawanan 2 (15 Mac 2025) – Sabtu
1) Selangor lawan JDT – Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam – 9.30 Malam
2) Kedah lawan Sabah – Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar – 9.30 Malam
3) KL City lawan TOT United – Ortuseight Arena – 9.30 Malam
4) Pahang Rangers lawan MUFT – Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan – 9.45 Malam
Hari Perlawanan 3 (22 Mac 2025) – Sabtu
1) JDT lawan Pahang Rangers – Stadium Bandaraya Pasir Gudang – 9.30 Malam
2) KL City lawan Kedah – Ortuseight Arena – 9.30 Malam
3) MUFT lawan Sabah – Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam – 9.30 Malam
(23 Mac 2025) – Ahad
TOT United lawan Selangor – Ortuseight Arena – 9.30 Malam
Hari Perlawanan 4 (19 April 2025) – Sabtu
1) TOT United lawan JDT – Ortuseight Arena – 8.30 Malam
2) Selangor lawan KL City – Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam – 8.30 Malam
3) Pahang Rangers lawan Sabah – Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan – 8.30 Malam
4) Kedah lawan MUFT – Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar – 9.00 Malam
Hari Perlawanan 5 (26 April 2025) – Sabtu
1) MUFT lawan TOT United – Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam – 3.00 Petang
2) Selangor lawan Sabah – Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam – 8.30 Malam
3) JDT lawan KL City – Stadium Bandaraya Pasir Gudang – 8.30 Malam
4) Kedah lawan Pahang Rangers – Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar – 9.00 Malam
Hari Perlawanan 6 (3 Mei 2025) – Sabtu
1) TOT United lawan Kedah – Ortuseight Arena – 3.00 Petang
2) KL City lawan MUFT – Ortuseight Arena – 8.30 Malam
3) JDT lawan Sabah – Stadium Bandaraya Pasir Gudang – 8.30 Malam
4) Pahang Rangers lawan Selangor – Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan – 8.30 Malam
Hari Perlawanan 7 (10 Mei 2025) – Sabtu
1) KL City lawan Sabah – Ortuseight Arena – 8.30 Malam
2) Pahang Rangers lawan TOT United – Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan – 8.30 Malam
3) MUFT lawan Selangor – Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam – 8.30 Malam
4) Kedah lawan JDT – Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar – 9.00 Malam

Hari Perlawanan 8 (24 Mei 2025) – Sabtu
1) MUFT lawan JDT – Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam – 8.30 Malam
2) KL City lawan Pahang Rangers – Ortuseight Arena – 8.30 Malam
3) Sabah lawan TOT United – (Gelanggang Belum Dipastikan) – 8.30 Malam
4) Kedah lawan Selangor – Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar – 9.00 Malam
Hari Perlawanan 9 (31 Mei 2025) – Sabtu
1) JDT lawan Kedah – Stadium Bandaraya Pasir Gudang – 8.30 Malam
2) Sabah lawan KL City – (Gelanggang Belum Dipastikan) – 8.30 Malam
3) TOT United lawan Pahang Rangers – Ortuseight Arena – 8.30 Malam
4) Selangor lawan MUFT – Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam – 8.30 Malam
Hari Perlawanan 10 (14 Jun 2025) – Sabtu
1) Pahang Rangers lawan JDT – Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan – 8.30 Malam
2) Sabah lawan MUFT – (Gelanggang Belum Dipastikan) – 8.30 Malam
3) Selangor lawan TOT United – Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam – 8.30 Malam
4) Kedah lawan KL City – Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar – 9.00 Malam
Hari Perlawanan 11 (21 Jun 2025) – Sabtu
1) JDT lawan TOT United – Stadium Bandaraya Pasir Gudang – 8.30 Malam
2) MUFT lawan Kedah – Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam – 8.30 Malam
3) KL City lawan Selangor – Ortuseight Arena – 8.30 Malam
4) Sabah lawan Pahang Rangers – (Gelanggang Belum Dipastikan) – 8.30 Malam
Hari Perlawanan 12 (28 Jun 2025) – Sabtu
1) TOT United lawan MUFT – Ortuseight Arena – 3.00 Petang
2) KL City lawan JDT – Ortuseight Arena – 8.30 Malam
3) Pahang Rangers lawan Kedah – Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan – 8.30 Malam
4) Sabah lawan Selangor – (Gelanggang Belum Dipastikan) – 8.30 Malam
Hari Perlawanan 13 (5 Julai 2025) – Sabtu
1) MUFT lawan KL City – Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam – 3.00 Petang
2) Selangor lawan Pahang Rangers – Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam – 8.30 Malam
3) Sabah lawan JDT – (Gelanggang Belum Dipastikan) – 8.30 Malam
4) Kedah lawan TOT United – Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar – 9.00 Malam
Hari Perlawanan 14 (12 Julai 2025) – Sabtu
1) JDT lawan Selangor – Stadium Bandaraya Pasir Gudang – 8.30 Malam
2) Sabah lawan Kedah – (Gelanggang Belum Dipastikan) – 8.30 Malam
3) TOT United lawan KL City – Ortuseight Arena – 8.30 Malam
4) MUFT lawan Pahang Rangers – Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam – 8.30 Malam
Selangor merupakan juara sulung MPFL selepas menggungguli saingan 2019 dan mengulangi pencapaian tersebut pada 2022.
Pahang Rangers kemudiannya muncul juara pada edisi 2023 dan JDT tampil cemerlang untuk menjulang trofi MPFL 2024.
Sebaik sahaja saingan MPFL berakhir, lapan pasukan akan berentap dalam Piala Futsal Malaysia dimana JDT turut merupakan juara pada tahun lalu.