Jamie Vardy anggap musim ini sebagai satu kehinaan selepas prestasi buruk Leicester.
Jamie Vardy juga akui Leicester seperti tahi musim ini. Kapten kelab yang juga legenda Leicester itu tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya selepas kelabnya disingkirkan ke Liga Kejuaraan musim hadapan.
Kekalahan di tangan Liverpool baru baru ini mengesahkan status Leicester sebagai pasukan yang tersingkir dari Liga Perdana Inggeris.
Oleh sebab itu Vardy meminta maaf kepada peminat menerusi satu surat terbuka yang dia tulis.
Jamie Vardy kecewa dan marah
Jamie Vardy berkata: “Pada ketika ini, saya sendiri tidak tahu apa yang patut saya katakan.
“Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan perasaan marah dan sedih saya terhadap bagaimana musim ini telah berlangsung. Tiada sebarang alasan.
“Secara kolektif, sebagai pemain dan sebagai kelab, kami gagal.
“Tiada tempat untuk bersembunyi, dan saya enggan untuk menerima sebarang cadangan untuk melakukannya.
“Setelah berada di kelab ini begitu lama, kami telah melalui banyak detik gemilang dan kejayaan — tetapi musim ini hanyalah penderitaan semata-mata dan bagi saya secara peribadi, satu kehinaan sepenuhnya.
“Ia sangat menyakitkan, dan saya tahu anda turut merasakannya.
“Kepada para penyokong: Saya minta maaf. Maaf kerana kami tidak beraksi dengan baik, dan maaf kerana kami menamatkan musim 2025 dengan persembahan macam tahi [teruk sekali].”
Masa depan Jamie Vardy dengan Leicester masih belum pasti. Di maana pemain itu turut dikaitkan dengan perpindahan ke MLS.
Faktor isterinya, Rebekah Vardy dikatakan boleh menjadi sebab Vardy mahu berpindah ke Amerika Syarikat selepas ini.
Ini kerana isterinya sukakan kehidupan di Amerika Syarikat dan menikmati kehidupan selebriti ala Hollywood di sana. Selama ini dia banyak menyokong karier suaminya di England.