Dalam mengharungi perjalanan ke tempat kerja atau ke sesuatu lokasi, biasanya kita akan mendengar radio dalam memecah hening di dalam kereta.
Secara dasarnya, kita boleh mendengar celoteh pengacara tugas, lagu yang dimainkan serta selingan iklan menerusinya. Namun, satu perkara yang menjadi perhatian apabila ada sesetengah iklan yang mengandungi bunyi siren atau hon yang dianggap tidak wajar untuk digunakan.
Baca Juga:
- Bukit Bintang Disenaraikan Antara Destinasi Pelancongan Paling ‘Overrated’ Di Asia
- Pemilik Premis Rugi Ratusan Ribu Ringgit, Ahli GISBH Dedah Alasan Tak Bayar Sewa 10 Tahun
- ‘Nak Bola Maju Tapi Tak Nak Ubah Mentaliti’ – Tunku Ismail
Seorang doktor yang dikenali sebagai Amirah Azizan telah membahaskan tentang iklan yang mengandungi bunyi hon kereta dan siren kecemasan yang dimainkan oleh sesetengah stesen radio sebenarnya boleh membahayakan orang ramai.
Bagi dirinya, bunyi iklan hon kereta tersebut telah membuatkan pemanduan menjadi terganggu kerana ada individu yang mudah terkejut atau melatah apabila mendengarnya. Seusai mendengar bunyi hon, kita selalunya akan tercari-cari punca dan merasa serba salah kerana takut menghalang laluan dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, katanya iklan bunyi siren ambulan atau polis juga membuatkan pemandu jadi terkejut dan mencari arah di mana bunyi itu kerana mahu memberi laluan secepat mungkin.
“Kamu radio, siapa yang dengar radio tengah baring kat rumah? Orang sekarang dengar radio dalam kereta,” katanya.
Dia turut menegaskan tiada guna dinobatkan sebagai stesen radio terbaik di Malaysia tetapi tidak peka dengan isu terbabit yang boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya secara tidak langsung.
Pesanan kepada stesen radio.
finally ada jugak orang pasal cakap benda ini. pic.twitter.com/Ls53h6EW6h
— ًِ (@bckupacc99) October 11, 2024
Menjengah ke ruangan komentar, ramai netizen menyokong pesanan ‘pedas’ yang diberikan oleh doktor itu kepada stesen radio di luar sana agar lebih peka dengan perkara berkenaan.


Ada juga sebahagian netizen yang berkongsi pengalaman mereka sendiri pernah terkejut dengan bunyi siren yang dimainkan secara tiba-tiba yang menyebabkan pemanduan terganggu.