Tuan Azizul Azli Ahmad, seorang pensyarah kanan telah menaikkan status yang bakal menyentap hati sesetengah orang di Malaysia ini.

Statusnya telah menyentuh tentang realiti kehidupan hari ini.

a

Mungkin bagi kita ada perkara yang tidak benar atau mustahil itu berlaku, tetapi ada orang lain yang sedang melakukannya atas nama menjaga maruah diri.

Dengan keizinan beliau, kami kongsikan ini dengan anda semua. Semoga bermanfaat!

#‎TabungMaruahDiri‬

KOS SARA DIRI DAN SARA ORANG

Antara faktor peningkatan kos sara hidup di Malaysia ialah:

1. Guna kancil dianggap hina oleh masyarakat sekeliling
2. Tinggal di rumah flat atau kos rendah dianggap miskin
3. Bawal bekal dianggap kedekut amat
4. Handphone murah dilabel cap ayam
5. Bercuti dalam negeri kurang seri
6. Baju pasar malam, ada kutu
7. Tuisyen yang mahal bagi anak cakap English
8. Beli TV ‘flat screen’ dan tampal didinding
9. Baju raya mesti lebih dari tiga
10. Kereta Vios dan bukan Proton Saga
11. Sambut hari jadi, mesti di ‘Mekdey’
12. Ipad untuk ambik gambar sahaja.
13. Kereta mesti tukar sebelum raya
14. Jam tangan, biar jenama
15. Kuih raya biar banyak, tak makan tak apa.
16. Rumah besar, macam istana
17 Makan kangkung, tiada tenaga…
18. Tudung mesti jenama faredade, yang pasar malam gatal nanti
19. Bersalin mesti hospital swasta, baru boleh updated di FB
20. Kereta mesti ada MPV baru ada seri

Jangan peduli kata mereka, pakai aja apa yang ada. Nilai diri bukan pada harta, tapi mulia di mata PENCIPTA. Tidak setuju tak mengapa.

Wallahu A’lam

‪#‎JanganMembeliUntukJagaHati‬

Buat apalah nak membeli hanya untuk menunjuk pada orang bahawa kita mampu sedangkan sebaliknya yang berlaku.

Apabila susah dan tidak berasap dapur, tiada siapa yang tahu, nak minta bantuan pula terasa malu.

Jika berbelanja tidak mengikut kemampuan diri, sudah pasti hutang juga keliling pinggang kini.

Namun, kami percaya tidak semua orang begitu kerana masih ada yang hidup sederhana dengan mendahulukan keperluan dan mengikat keinginan.

Tetapi mereka juga masih susah berikutan beberapa faktor luaran dan dalaman yang beri impak kepada kehidupan mereka.

hutang2

Sumber: Tuan Azizul Azli Ahmad

LIKE The Vocket di Facebook