Sebagai peniaga hari ini, selain perlu menghadapi cabaran kenaikan harga barang-barang, sikap bakal pembeli juga agak runsing untuk diatasi.
Seorang peniaga bomboloni berkongsi tangkap layar di mana dia diminta menjauhi ‘riba’ gara-gara didakwa menjual dengan harga yang mahal.
Baca Juga:
- Pembeli Kecewa Donut Yang Dibeli Rupanya Palsu, Cuma Guna Roti Burger Yang Ditebuk Lubang
- Penjual Manisan Ini Tetap ‘Cool’ Walaupun Sampul Rayanya Dilabel Paling Buruk Untuk Tahun 2024
- ‘Hanya Cari Rezeki Halal’ – Pekerja Kedai Manisan Arab Di Bukit Bintang Dakwa Difitnah Aktivis
Menerusi perkongsian Threads @wnfqh_, dia mendapat mesej daripada individu tersebut yang bertanyakan harga bomboloni yang dijualnya.
Menerusi tangkap layar perbualan mereka, individu tersebut berkata ‘mahal’ sebanyak empat kali kepada peniaga tersebut.
Dia berkata sedemikian selepas mendapat tahu 30 bamboloni berharga RM50.
Menerusi penjelasan peniaga manisan itu, individu tersebut pernah membeli daripadanya ketika harga RM1.50 untuk satu bomboloni pada tahun 2023 — namun individu tersebut masih menegaskan harga tersebut mahal dan boleh menyebabkan pelanggan lari.
Dengan penuh sopan, peniaga mencadangkan individu tersebut mencari makanan lain atau peniaga bomboloni yang menawarkan pada harga yang lebih murah.
“Ye lah, jangan naik harga selalu. Kira dah macam riba. Okay,” jawab individu tersebut.

Netizen yang membaca luahan peniaga itu ‘pening’ apabila cuba menyamakan kenaikkan harga jualan dengan riba.
Sementara itu, dalam perkongsian terbaharunya, peniaga itu menyatakan pada tahun 2022 lagi individu tersebut pernah mesej meminta bantuan kewangan untuk balik kampung, anak masuk hospital.
Namun apabila diminta bukti, peniaga itu dimarahi kerana tidak mempercayai individu tersebut.
Warganet terus memberikan sokongan penuh dan kepercayaan kepada peniaga itu untuk tidak mengendahkan seorang pelanggan seperti itu.

Pada masa sama ada warganet yang pernah membeli bomboloni daripada peniaga tersebut dan akui manisan tersebut memang sedap dan apa yang pelanggan bayar sangat-sangat berbaloi.
Untuk rekod, peniaga itu mula menjual pada tahun 2019 dengan RM1 untuk satu bomboloni. Tiga tahun kemudian barulah harga dinaikkan sedikit RM1.50/satu biji dan RM5/empat biji.
Pada tahun ini barulah harga dinaikkan sekali lagi RM2/satu biji dan RM5/tiga biji bagi menampung kos-kos berkaitan yang meningkat pada ketika ini.