Che Nom bukan nama asing dalam dunia masakan digital tempatan. Kandungan yang dihasilkan evergreen sesuai dicuba oleh pelbagai umur.

Ada pihak merasakan Che Nom sepatutnya boleh pergi jauh seperti pencipta konten masakan yang lain.

Baca Juga:

“Che Nom ini sayang tiada advisor untuk kembangkan dia punya income stream. Walhal waktu prime dulu boleh leverage dekat dia punya followers.

“Sekarang nak mula masih boleh, masih ada lagi kultus Che Nom. Tapi niche makanan dah terpecah besar dah. Che Nom terlalu fokus pada YouTube.

“Bila bisnes kita terlalu bergantung pada 3rd party (YouTube) riskonya agak tinggi. Macam-macam boleh jadi bila kita tak dapat pegang pipeline.

“Che Nom not to late utk back to drawing board, branching out serious business,” kata seorang pengguna Threads.

Tidak mengambil hati, Che Nom menjawab cadangan yang dilontarkan oleh pengguna Threads itu dengan penuh berhikmah.

Menurutnya, apa yang dicapai oleh orang lain, bukanlah apa yang beliau mahukan.

“Jangan risau mengenai kita awak, kehendak hidup setiap orang tidak sama. Apa yang orang kejar tak semestinya awak pun kejar,” jawab Che Nom ringkas.

Netizen sokong wisdom Che Nom

Ramai berpendapat kebebasan kejayaan dan kehendak setiap orang memang berbeza.

Jadi tidak perlu terkejar-kejar untuk meniru orang lain.

Pada masa sama Che Nom menyeru orang ramai yang mahu menyokong konten yang dihasilkan melalui laman web resepichenom.com, serta membership YouTube.