Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita Kamal Adli dipukul oleh individu tidak dikenali di Singapura dan dapat dilihat Uqasha Senrose trauma dengan apa yang berlaku.
Susulan berita tersebut, terdapat berita yang tidak enak menjadi bualan netizen apabila ada individu yang mendakwa dirinya pernah menjadi mangsa buli Uqasha sewaktu di zaman persekolahan sekitar 15 tahun lepas.
Baca Juga:
- Lelaki Ini Dedah Mengapa Kedai Motosikal Lebih Suka Pembeli Buat ‘Loan’ Berbanding Beli Tunai
- Duit KWSP RM700,000 ‘Licin’ Dalam Masa Tiga Tahun, Bapa Salahkan Anak Tak Bagi Duit
- Anda Selalu Boros? Ini Tip Berbelanja Khas Untuk Kaki Shopping
https://twitter.com/ImZawani/status/1635406321070780418
https://twitter.com/ImZawani/status/1635573007895900160
Menurut pendedahan wanita itu, dia yang tidak tahan dibuli telah berpindah ke sekolah lain untuk mengambil ujian SPM dan mengalami kemurungan sehingga terdetik untuk membunuh diri.
Walaupun sudah lama berlalu tetapi kesan buli yang didakwa dilakukan oleh Uqasha itu masih terkesan sehingga sekarang. Dia juga mempersoalkan sama ada dia patut melupakan apa yang dilakukan Uqasha hanya disebabkan dia seorang artis dan tidak akan sesekali memaafkan Uqasha atas tindakannya sebelum ini.