Jasmine Suraya dalam satu temu bual podcast Studio Sembang yang menampilkan Amelia Henderson sebagai pengacara telah tampil menceritakan pengalaman pahitnya ketika baru menapak dalam industri hiburan tanah air.
Menerusi sedutan video TikTok, Jasmine mendedahkan bahawa dia pernah dimaki dan dimarahi di set penggambaran disebabkan tidak fasih dalam bahasa melayu.
Baca Juga:
- Remaja Singapura Mengaku Tak Fasih Berbahasa Melayu Jadi Perdebatan Rakyat Malaysia
- Tonton John Cena Berbahasa Melayu Dalam Video Terbaharu Sofyank
- Pelakon ‘500 Days Of Summer’ Ini Cari Individu Boleh Berbahasa Melayu Di Facebook
@studiosembang ha see, susah macam mana pun kalau nak belajar bahasa ibunda kita boleh je geng. nak atau tak je. sampai bila kita nak rasa tak perlu utk belajar bahasa kita sendiri? dimana ada kemahuan disitu ada jalan 😉 #jomsembang dengan @jasmine_suraya kat @YouTube @Spotify or @Apple Podcasts ! #studiosembang
Menurutnya, pengalaman pahit itu berlaku ketika dia baru menceburkan diri dalam dunia lakonan sebagai pelakon tambahan dan baginya ketika itu sangat mencabar.
“Saya kena maki dekat set, pernah orang ‘racist’ dekat saya” ujar Jasmine.
Disebabkan itu, Jasmine akan gagap dan akan berasa gementar setiap kali penggambaran bermula.