Pemerhati bola sepak, Datuk Dr Pekan Ramli berpendapat, alasan utama penyokong tak nak datang ke stadium kerana dah tahu bahawa JDT akan menang.
Pekan Ramli merujuk kepada aksi final Piala Malatysia antara JDT dan Pahang tidak lama lagi. Dengan laporan sebelum ini menyebut bahawa sambutan jualan tiket final Piala Malaysia 2025 agak hambar.
Musim liga yang lebih panjang juga antara faktor yang membawa kepada perkara ini menurut Pekan lagi.
JDT terlalu unggul
JDT menunjukkan dominasi luar biasa di peringkat domestik. Dan tidak mampu digugat mana mana pesaing dalam Liga Malaysia.

Ramai yang menjangkakan bahawa JDT akan menang dan menjulang Piala Malaysia 2025 menewaskan Pahang untuk menambah lagi koleksi piala domestik kelab tersebut.
Menurut Pekan Ramli, jika bukan JDT yang mara ke final, dan perlawanan di antara 2 pasukan selain JDT, final di Bukit Jalil pasti akan lebih meriah.
Dah ramal JDT akan menang
Hal ini kerana peminat menjangkakan persaingan lebih sengit daripada final tersebut. Berbanding dengan adanya nama JDT, peminat sudah meramalkan bahawa JDT akan menang dan bergelar juara.

“Bukan bermaksud kita tak suka JDT, namun akibat JDT terlalu kerap ke final, ini yang menyebabkan perlawanan final menjadi ssendu. Dan kita sudah jangka keputusan perlawanan final itu nanti,” kata Datuk Dr Pekan Ramli kepada BH Online.
Beliau menambah bahawa keputusan perlawanan yang melibatkan JDT sudah dijangka oleh peminat dari awal. Ini kerana kelab itu memiliki gaya permainan lebih baik dengan pemain pemain berkualiti tinggi.
Selain itu, JDT memiliki rekod luar biasa di peringkat domestik. Jadi, Pekan Ramli menganggap JDT pasukan yang terlalu unggul dan lengkap berbanding pesaing mereka yang lain di Malaysia.
Beliau berkata lagi: “Penyokong JDT pun mungkin merasakan perkara sama kerana sudah pasti JDT akan menang, jadi tidak perlu lagi pergi ke stadium, kecuali buat penyokong JDT yang benar-benar peminat tegar dan mahu merasai emosi dan suasana bagi meraikan kejayaan terbabit.

“Begitu juga penyokong SPFC yang mungkin merasakan mereka tidak akan dapat melihat keputusan di luar jangka, kerana jika pergi sekalipun, seperti ingin meraikan kekalahan ataupun rasa kecewa nanti.”
Bukan itu sahaja, Pekan Ramli turut menganggap MFL juga harus mengambil langkah lebih baik selain daripada hanya fokus menjual tiket perlawanan akhir dalam usaha menyemarakkan lagi semangat penyokong di Malaysia.