Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mendapatkan khidmat tiga pemain dari Sepanyol bagi menghadapi baki saingan musim 2024/2025.

Menurut laporan, tiga pemain yang ditandatangani ialah Jonathan Viera, Roque Mesa dan Álvaro González dimana ketiga-tiga pemain ini hanya akan digunakan bagi menghadapi saingan AFC Champions League (ACL) Elite.

Baca Juga:

Viera sebelum ini beraksi bersama kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE) iaitu Khor Fakkan, manakala Mesa dan Gonzalez bergelar ejen bebas selepas masing-masing pemain beraksi dengan kelab iaitu Sporting Gijon dan kelab Liga Pro Saudi iaitu Al-Qadsiah.

Peluang JDT Di ACL Elite

JDT berada dalam landasan yang tepat untuk mara ke peringkat 16 pasukan terakhir dalam saingan ACL Elite dimana mereka menduduki tangga keenam dalam carta liga saingan Zon Timur.

JDT
Sumber Gambar: Transfermarkt

Skuad kendalian Hector Bidoglio mempunyai baki dua perlawanan peringkat kumpulan, menentang Central Coast Mariners di Australia pada 11 Februari dan Pohang Steelers di Stadium Sultan Ibrahim pada 18 Februari.

JDT Bakal Uji Kelab Gergasi Perancis

Sebelum ini, pemilik kelab iaitu Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor dimana baginda menyatakan perlawanan persahabatan antara JDT dan Paris Saint-Germain mungkin berlangsung tahun ini atau tahun hadapan.

“Banyak lagi perjanjian jangka masa panjang dan pendek antara JDT dan PSG akan menyusul tahun ini. Saya dan Tim Cahill akan ke Paris untuk memuktamadkan perjanjian,” tulisnya.

Sebelum ini, Tunku Mahkota Ismail, dijemput sebagai tetamu khas Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi, untuk menyaksikan sesi latihan PSG di Stadium 974, Doha, Qatar pada Januari lalu.

Baginda turut berpeluang bertemu dengan para pemain PSG dan menerima jemputan untuk menghadiri perlawanan Trophee des Champions antara PSG dan AS Monaco yang berlangsung di Doha.

“Adalah satu penghormatan dapat bertemu dengan Pengerusi Qatar Sport Investment dan Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi. Sesuatu yang besar akan berlaku tidak lama lagi.

“Sesuatu yang belum pernah kami lakukan sebelum ini,” kata Tunku Mahkota Ismail menerusi hantaran di laman X.