Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sebentar tadi telah memperkenalkan ‘buah tangan’ baharu berupa ‘Kaca Mata Hitam Edisi Terhad JDT X Twinyards’ yang hanya dijual sebanyak 500 unit sahaja.
Kerjasama dengan syarikat pengeluar kaca mata dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu adalah satu langkah strategik dalam memperkukuhkan lagi jenama JDT di peringkat antarabangsa.
Baca Juga:
- JDT Layak Digelar Maharaja Teragung Bola Sepak Negara
- Dapat Khidmat 3 Pemain Lebih Awal Untuk Hadapi ACL Elite 2024/25, JDT Ucap Terima Kasih Kepada Skuad Negara
- Kemenangan JDT Bantu Malaysia Pintas Australia Dalam AFC MA Ranking
Rekaan kaca mata hitam ini dilengkapi dengan ciri-ciri unik yang memaparkan logo JDT serta elemen-elemen khas yang mewakili serta menyerlahkan lagi identiti pasukan.

Dengan keluaran terhad, produk terbaharu ini sudah pasti menjadi koleksi bernilai buat para peminat setia JDT terutamanya bagi mereka yang ingin menunjukkan sokongan penuh kepada pasukan bola sepak kesayangan mereka itu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di JOHOR Southern Tigers, kaca mata dengan harga RM359 itu mempunyai nombor siri berbeza.

“Kaca Mata Hitam eksklusif ini dijual oleh JDT (No Siri 1-250) dan Twinyards (No Siri 251-500). Walaubagaimanapun beberapa nombor bersiri akan dijual oleh JDT menerusi lelongan yang akan diumumkan kelak.”
“Nantikan nombor-nombor siri unik yang akan dikeluarkan untuk bidaan atau datang terus ke JDT Direct untuk membuat pembelian yang dikhususkan untuk jualan langsung di kedai.”
Kaca mata edisi terhad ini akan mula dijual dari 17 Disember 2024 di JDT Direct Megastore, Stadium Sultan Ibrahim dan JDT Direct Megastore, Pusat Beli Belah Toppen.