Johor Darul Ta’zim (JDT) memperkenalkan dua pemain warisan iaitu Jon Irazabal dan Hector Hevel yang akan beraksi bersama pasukan itu musim hadapan.

Dua pemain ini diperkenalkan secara rasmi menerusi satu pengumuman di laman media sosial kelab baru-baru ini.

Baca Juga:

JDT Ikat Hevel Dan Irazabal

Kedua-dua pemain sebelum ini beraksi di Eropah dimana Hevel bersama kelab Portugal, Portimonense manakala Irazabal bersama kelab Azerbaijan iaitu Sabah FK.

JDT
Hector Hevel (13) Kredit Foto: Malaysia NT

Hevel dan Irazabal turut memainkan peranan penting bagi skuad Harimau Malaya dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini.

JDT
Sumber Gambar: Malaysia NT

Hevel cemerlang mengawal bahagian tengah manakala Irazabal mencipta gandingan yang baik bersama Facundo Garces di bahagian pertahanan.

Hasilnya, Malaysia berjaya menundukkan Vietnam dengan keputusan 4-0 sekaligus menamatkan badi selama 11 tahun.