Juara bertahan Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) merancang untuk bertemu kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) dalam satu perlawanan persahabatan.
Perkara ini dikongsikan oleh pemilik kelab iaitu Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor dimana baginda menyatakan perlawanan persahabatan antara dua kelab mungkin berlangsung tahun ini atau tahun hadapan.
Baca Juga:
- ‘Sendiri Tak Bayar Gaji Tapi Salahkan FAM Dan MFL’ – Tunku Mahkota Ismail
- Vincent Tan: Kalau JDT Lepaskan, Saya Sedia Pertimbang Bawa Arif Aiman Ke Eropah
- Ini 13 Kelab Di Dunia Termasuk JDT Yang Masih Belum Tewas Dalam Kempen Liga
PSG 💯. Tahun ni atau tahun depan. Banyak lagi perjanjian short term dan long term antara JDT dan PSG akan menyusul tahun ni. Saya dan Tim Cahill akan ke Paris untuk finalize the deals/perjanjian. https://t.co/TxPVEM9cik
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) January 31, 2025
“Banyak lagi perjanjian jangka masa panjang dan pendek antara JDT dan PSG akan menyusul tahun ini. Saya dan Tim Cahill akan ke Paris untuk memuktamadkan perjanjian,” tulisnya.
Sebelum ini, Tunku Mahkota Ismail, dijemput sebagai tetamu khas Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi, untuk menyaksikan sesi latihan PSG di Stadium 974, Doha, Qatar pada Januari lalu.
Baginda turut berpeluang bertemu dengan para pemain PSG dan menerima jemputan untuk menghadiri perlawanan Trophee des Champions antara PSG dan AS Monaco yang berlangsung di Doha.
“Adalah satu penghormatan dapat bertemu dengan Pengerusi Qatar Sport Investment dan Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi. Sesuatu yang besar akan berlaku tidak lama lagi.
“Sesuatu yang belum pernah kami lakukan sebelum ini,” kata Tunku Mahkota Ismail menerusi hantaran di laman X.
Dalam perkembangan lain, TMJ turut mengadakan pertemuan dengan Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino.
Hasil pertemuan itu, Infantino menyatakan komitmen Fifa untuk membantu pembangunan bola sepak Malaysia dalam tiga aspek utama iaitu penyelidikan, infrastruktur, dan pembangunan bakat muda.
Musim ini, JDT dilihat bakal mengekalkan empat kejuaraan yang dimenangi musim lalu dimana mereka kini berada di puncak Liga Super dan sukar untuk digugat.
Skuad kendalian Hector Bidoglio memiliki kelebihan empat gol ke atas Terengganu FC dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia.
Sebelum ini, JDT sudah mengesahkan kemenangan dalam Piala Sumbangsih dan Piala FA.