Ketua Pegawai Ekesekutif (CEO) JDT yang baharu, Luis Garcia mendedahkan cita cita JDT untuk layak ke Piala Dunia Kelab 2025.
Oleh sebab itu Luis Garcia menegaskan bahawa Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail (TMJ), Pemangku Sultan Johor merangkap pemilik JDT, mahu kelab itu memaksimumkan potensi mereka, serta sentiasa berbangga untuk mengibarkan bendera Johor dan Malaysia di pentas antarabangsa.
“Tunku Mahkota Ismail, telah menitahkan agar Harimau Selatan memaksimumkan potensi kami dan berbangga mengibarkan bendera Johor dan Malaysia lebih tinggi di persada antarabangsa baik di dalam mahupun di luar padang,” kata Luis Garcia.

Luis Garcia kemudian menegaskan bahawa JDT telah menjadi penyumbang utama kepada mata ranking dalam AFC Member Asociation, yang membantu lebih banyak kelab Malaysia mendapatkan slot di pertandingan kelab Asia.
Ini memandangkan JDT merupakan wakil tunggal dari Malaysia dalam AFC Champions League (ACL) Elite sejak 2019. Namun begitu, JDT harus terus mengekalkan prestasi cemelrang dan pada masa yang sama mensasarkan matlamat lebih tinggi dalam tahun tahun akan datang.

“Ini sekaligus melonjakkan lagi bola sepak Malaysia dengan membolehkan lebih banyak kelab Malaysia layak ke pentas Asia,” tambah CEO kelab itu lagi.
Mahu layak ke Piala Dunia Kelab
JDT kini benar benar serius dengan cita cita besar kelab itu untuk berada di padang yang sama dengan kelab kelab elit dunia yang lain.
Ini dengan mensasarkan tempat dan layak ke Piala Dunia Kelab yang akan datang.
JDT mulai bercita cita untuk layak ke Piala Dunia Kelab dengan mengambil kira pelbagai faktor dan kemungkinan.
Luis Garcia menjelaskan: “Dengan kemungkinan pengembangan bilangan penyertaan di Piala Dunia Kelab FIFA, yang akan membuka lebih banyak slot untuk pasukan-pasukan Asia yang bukan hanya terhad kepada juara ACL Elite.
“Oleh itu JDT meletakkan sasaran untuk mara secara konsisten ke peringkat lebih jauh di ACL Elite agar memperbaiki ranking kelab Asia dan berada pada kedudukan yang lebih baik untuk mewakili Malaysia di pentas tertinggi bola sepak kelab dunia.”
Luis Garcia sedar bahawa untuk merealisasikan impian tersebut bukannya mudah. Memandangkan kualiti bola sepak Asia kini sangat tinggi.

Oleh itu Luis Garcia mengingatkan semua pihak di JDT agar tidak leka sekiranya mahu JDT “berjaya dalam misi yang besar ini” – merujuk kepada cita cita kelab itu yang mahu layak ke Piala Dunia Kelab.
His Royal Highness Tunku Ismail, The Regent of Johor and owner of Johor Darul Ta'zim FC, has decreed for the club to maximise its full potential and proudly hoist the Johor and Malaysia flags higher on a global stage on and off the pitch.
As Malaysia’s sole representative in the… pic.twitter.com/kWuS1q3u3m
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) July 2, 2025
Akhir sekali beliau menambah: “Pemain-pemain baharu yang kami bawa masuk untuk musim 2025-26 selari dengan hala tuju ini, dan kejayaan JDT di peringkat Asia pastinya juga akan menjadi kejayaan untuk bola sepak Malaysia.”