Johor Darul Ta’zim (JDT) dilaporkan selangkah lagi untuk mendapatkan khidmat kapten kelab La Liga, Real Sporting de Gijon iaitu Nacho Méndez.
Gijon mengumumkan Mendez meninggalkan kelab selepas 14 tahun beraksi bersama pasukan itu menerusi pengumuman di laman media sosial.
Baca Juga:
- JDT Perkenalkan Jon Irazabal, Hector Hevel Secara Rasmi
- JDT Lepaskan 11 Pemain Termasuk Safiq Rahim, Jordi Amat
- JDT Umum Kehadiran Xisco Munoz Sebagai Ketua Jurulatih Baharu
JDT Destinasi Seterusnya Nacho Mendez
Comunicado oficial: Nacho Méndez.
El Club agradece su aportación desde la categoría infantil hasta el primer equipo. #RealSporting
— Real Sporting (@RealSporting) June 30, 2025
“Nacho meninggalkan kelab yang telah diwakilinya sejak berumur 13 tahun.
“Secara keseluruhan, Nacho telah bermain 218 perlawanan rasmi dengan pasukan utama. Ini menjadikan beliau sebagai salah satu pemain yang mempunyai penampilan terbanyak bersama kami.
“Nacho membuat penampilan sulung menentang CD Lugo pada 27 Ogos 2017. Dia telah menjaringkan 17 gol secara keseluruhan,” dipetik dari kenyataan kelab.

Sebelum ini, wartawan Sepanyol, Angel Garcia menerusi satu laporan menjelaskan bahawa JDT menawarkan kontrak untuk merekrut Nacho Mendez dengan kenaikan gaji 4 kali ganda.
“Kelab yang turut menampilkan Jesé, Jonathan Viera dan Antonio Glauder ini bakal menggandakan 4 kali ganda gaji beliau sekarang,” tulis Garcia di laman X.

Baru-baru ini, skuad Harimau Selatan telah melepaskan 11 pemain dari skuad musim lalu yang memenangi gelaran Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

JDT melantik Xisco Munoz sebagai ketua jurulatih baharu bagi menghadapi musim 2025/26.
Hadir dengan reputasi hebat, pemilik nama penuh Francisco Javier Munoz Llompart itu datang ke Stadium Sultan Ibrahim bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Hector Bidoglio.