Kelab gergasi tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) sebentar tadi mengumumkan kehadiran Xisco Munoz sebagai ketua jurulatih baharu bagi menghadapi musim 2025/26.

Perkembangan terkini itu disahkan laman sosial JOHOR Southern Tigers (JST) dalam satu video pengenalan pengendali berusia 44 tahun itu.

Baca Juga:

Hadir dengan reputasi hebat, pemilik nama penuh Francisco Javier Munoz Llompart itu datang ke Stadium Sultan Ibrahim bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Hector Bidoglio.

Xisco Munoz
Xisco Muñoz of Watford gestures during the Premier League match between Watford and Newcastle United at Vicarage Road, Watford on Saturday 25th September 2021. (Photo by Federico Maranesi/MI News/NurPhoto) (Photo by MI News / NurPhoto via AFP)

Pengalaman Luas Dimiliki Xisco Munoz

Xisco Munoz disifatkan sebagai seorang jurulatih yang memiliki  pengalaman luas di Eropah apabila pernah membimbing Watford, Sheffield Wednesday, Anorthosis Famagusta, SD Huesca dan Dinamo Tbilisi.

Xisco Munoz mencuri tumpuan setelah berjaya membawa Watford kembali ke saingan English Premier League 2021/22 hasil kejayaan menamatkan kempen EFL Championship 2020/21 di kedudukan kedua.

Namun, hanya selepas tujuh perlawanan membimbing pasukan tersebut dalam kempen EPL, Xisco Munoz dipecat apabila pasukannya mencatatkan dua kemenangan, satu keputusan seri dan empat kekalahan pada tujuh aksi awal.

Xisco Munoz
Xisco Munoz, Sheffield Wedneday manager, watches on during the SkyBet Championship match between Leeds United and Sheffield Wednesday at Elland Road, Leeds on Saturday 2nd September 2023. (Photo by Pat Scaasi/MI News/NurPhoto) (Photo by MI News / NurPhoto via AFP)

Pelantikan beliau dijangka memberi nafas baharu kepada skuad Harimau Selatan yang terus bercita-cita besar untuk mengekalkan dominasi dalam kancah Liga Malaysia serta memperbaiki pencapaian di pentas Asia.

Sehubungan dengan itu, penyokong JDT pastinya meletakkan harapan tinggi agar Xisco dapat membawa kelab tersebut ke aras yang lebih tinggi berbanding jurulatih-jurulatih sebelum ini.