Jemaah Tarekat Nasqabandiyah di Kota Padang, Sumatera Barat, Indonesia sudah memulai ibadah puasa Ramadhan pada hari semalam lagi.
Pelaksanaan ibadah puasa pada tahun ini telah dilakukan jauh lebih awal dari jadual yang ditetapkan oleh pemerintah.
“Kami mulai puasa pada Kamis ini. Sementara pada Rabu malam, kami akan melaksanakan salat tarawih perdana di Surau Baru,” kata pengurus yang merangkap Imam Surau Baru, Zahar lapor detiknews.

Zahar menjelaskan penentuan awal puasa Tarekat Naqsabandiyah sudah ditetapkan sejak dua bulan sebelumnya.
Tegasnya lagi, keputusan melakukan ibadah puasa lebih awal ini didapatkan setelah tokoh ulama Naqsabandiyah berkumpul dan melakukan musyawarah dalam menentukan tarikh Ramadhan menerusi medium hisab, ru’yah, dalil, ijma dan qiyas.
Selepas hasil perbincangan, mereka langsung menetapkan bahawa puasa dimulai pada hari Khamis, semalam.
Zahar menambahkan bahawa jemaah Naqsabandiyah tahun ini akan berpuasa selama 30 hari penuh. Sama seperti pelaksanaan puasa pada tahun-tahun sebelumnya.
“Puasa tahun ini akan berlangsung selama 30 hari, seperti sebelumnya,” jelasnya.
Malah, video yang dimuat naik oleh CNN Indonesia yang memperlihatkan jemaah tarekat itu sudah pun melakukan ibadah solat terawih di sebuah masjid di sana.