Seorang pengguna X mendakwa sebuah jenama terkemuka, telah mengancam tindakan saman ke atasnya jika tidak menurunkan video yang memaparkan sikap buruk staf mereka.
Beberapa hari ini kecoh di media sosial apabila satu video menunjukkan staf premis tersebut di sebuah cawangan telah memindahkan cawan untuk disorok.
Cawan itu dikatakan ada menawarkan hadiah misteri kepada pemenang.
Cawan itu diangkut ke belakang tadi itu didakwa hanya ditawarkan kepada influencer. Sedangkan pelanggan setia mereka yang bukan influencer diberikan layanan berat sebelah.
Lebih membuatkan pelanggan terkilan, staf tersebut dilihat dengan muka selamba dan tersenyum sinis membawa cawan itu ke belakang.
Macam tu je peminat chagee kene gula-gula
So betul la hadiah besar2 just untuk influencer. pic.twitter.com/v2MEIEsoSf— mhmmdhsm (@mhmmdhsm) November 18, 2024
Seorang pengguna X yang turut berkongsi tentang peraduan koyak dan menang itu telah mendapat mesej peribadi daripada pengurusan kedai tersebut.
Kesian orang beratur berjam2 sebab nak hadiah menarik. Last2 staff buat taik sorok cup awal2.. #Chagee pic.twitter.com/qGIZ1M89Nx
— Hafidz Hamzah 🇲🇾 (@HafidzHamzah7E) November 18, 2024
Syarikat tersebut mengancam tindakan saman jika video itu tidak dipadamkan kerana ianya dilaporkan telah melanggar hak privasi staf mereka.
Kenyataan itu dianggap bertentangan dengan kenyataan pengurusan mereka yang menyatakan mahu menyiasat insiden itu.
Keeping receipts pic.twitter.com/Fqst9HCmyo
— naquib (@Qiiib) November 18, 2024
Tindakan pegawai yang mengendalikan kes itu di media sosial dianggap sangat teruk. Terutama sekali menggunakan ugutan saman ke atas pelanggan yang membuat aduan.
You dare to threat your own customer here with some stupid legal action based on what your own staff doing??
Who’s the moron you appoint as PR to manage your communication here? Its your own failure to provide more secure cup and you DARE to threaten us??
You know starbucks??
— Indra (@ardnie7) November 19, 2024
Seorang lagi pengguna X mengingatkan: “Kepada Chagee yang dikasihi, sedangkan Starbucks pun boleh terjatuh, apatah lagi awak.
“Sila lantik pegawai PR yang lebih baik, dan jangan gunakan perkataan ‘tindakan perundangan’ untuk mengugut pelanggan kamu.”
Dearest Chagee,
Sedangkan Starbucks pun boleh terjatuh, apatah lagi awak.
Hire better PR people and don’t use the word “legal action” to threaten your customer. https://t.co/CviiaCf8YC
— Meowny (@syazmnnn) November 18, 2024
Netizen turut menganggap PR Chagee adalah sangat teruk dalam mengendalikan rungutan dan viral di media sosial.
Sambil memberikan contoh bagaimana ZUS sebelum ini mengendalikan kecaman netizen dan berdepan boikot daripada rakyat Malaysia.
Fazrul Akmal menulis di Threads: “Chagee need to learn from [harus belajar daripada] Zus. Belajar macam mana Zus ambil tindakan selepas kena kecam bulan 5 haritu. Ya orang ramai ada boikot Zus seketika, namun apa yang berlaku selepas itu? Permohonan maaf, menderma wang yang besar kepada NGO kebajikan, dan letakkan kesedaran kempen pada sleeve.
“dan mereka masih mengutip donation sehingga sekarang. Apa yang kita belajar, Zuspresso Sdn Bhd sangat menitikberat tentang complaint dan feedback customer [rungutan dan maklumbalas pelanggan], sehinggakan orang akhirnya maafkan Zus dan menghormati tindakan mereka.”