Misi Jepun untuk bersaing di dalam kempen Piala Dunia 2018 telahpun tamat pada pagi tadi selepas tewas ditangan Belgium dengan keputusan 3-2. Keputusan ini mungkin sesuatu yang bermakna buat Belgium selepas berjaya bangkit dengan tiga gol selepas Jepun menyumbat dua gol pada awalnya.
Meskipun tewas, pemain Jepun nampaknya terus konsisten dalam mempamerkan budaya contoh bagi negaranya serta orang ramai. Berikut apa yang dibuat oleh Jepun sejurus selepas tamat sahaja perlawanan menentang Belgium.


Here’s Team #JPN staying on the field after that heartbreaking loss and paying tribute to their fans as their #WorldCup comes to an end pic.twitter.com/UCOEZ530GD
— Marcus Gilmer (@marcusgilmer) July 2, 2018
Tidak hanya para pemain, para penyokong Jepun turut menerima pujian ramai berikutan sikap mereka yang mementingkan kebersihan. Gelagat penyokong mereka yang patriotik dan comel juga turut mecuri perhatian ramai.





Pihak pasukan Jepun ternyata turut menunjukkan sikap contoh selepas buat tuan rumah Russia selepas membersihkan bilik persalinan sejurus selepas tamat perlawanan. Nota bertulis ‘terima kasih’ di dalam Bahasa Russia turut ditinggalkan daripada pasukan Jepun.
Tahniah diucapkan buat pasukan Jepun. Anda berjaya membuktikan pasukan Asia mampu bersaing secara kompetitif bersama pasukan elit Eropah dalam sukan bola sepak. Lebih mengangumkan adalah sikap dan mentaliti penyokong yang berjaya menarik perhatian ramai di setiap edisi Piala Dunia.
Semoga negara kita dapat menjadikan Jepun sebagai contoh baik dari segi pembangunan bola sepak mahupun disiplin para penyokong dalam menjaga kebersihan.