Salah satu jenama yang terkenal di laman TikTok, Jerseybird telah menghasilkan semula jersi Harimau Malaya dan mendapat sambutan hangat dari peminat.

Menerusi akaun rasmi mereka, Jerseybird memuat naik proses dalam menghasilkan jersi Harimau Malaya dimana mereka mengambil kira beberapa faktor.

Baca Juga:

Jersi Harimau Malaya Versi Jerseybird

“Ketika kami terus mencari pasukan kebangsaan yang seterusnya untuk bekerjasama, Malaysia mungkin sangat sesuai.

“Sebuah negara berbilang budaya dengan semangat bola sepak yang tinggi, terkenal dengan warna Kuning Hitam yang ikonik, Harimau Malaya mempunyai penyokong yang setia serta kaya dengan sejarah.

Jersi Harimau Malaya
Sumber Gambar: FAM

“Ini termasuk dalam persaingan tinggi dalam kejohanan seperti Piala Asean, identiti pasukan memang berkait rapat dengan budaya yang pelbagai dan keindahan semula jadi.

“Kita bermula dengan asas berwarna kuning dan kemudiannya kami meletakkan 13 stripes berasaskan api. Ini mewakili 13 negeri dan kerajaan pusat.

“Corak ini diinspirasikan dari binatang Harimau dan ini hasilnya,” dipetik dari Jerseybird.

@jerseybirdofficial

Replying to @red737 What if JerseyBird manufactured for Malaysia? – Need kits or apparel for your club? Visit our homepage and tap “Start a Project” to be paired with a JerseyBird designer. – #malaysia #malaysian #kualalumpur #football #worldcup

♬ Sunset Lover – Petit Biscuit

Ketika ini, jersi pasukan negara dihasilkan oleh PUMA dimana mereka menggantikan Nike selaku pengeluar rasmi.

Jersi Harimau Malaya

Peminat nyata menyambut baik rekaan jersi yang dibuat oleh Jerseybird dan berharap mereka diberikan peluang untuk menghasilkan jersi pasukan negara.

Jersi Harimau Malaya
Jerseybird Filipina

Pada 2023, Jerseybird menghasilkan jersi bagi skuad kebangsaan Filipina dimana kedua-dua pihak menandatangani kontrak selama setahun.

Persekutuan Bola Sepak Filipina (PFF) memutuskan untuk memakai jersi tersebut selepas ianya tular di TikTok.