Tinggal lagi sekitar dua minggu bulan Ramadan akan berakhir dan umat Islam bakal menyambut Hari Raya. Menerusi video FYP di TikTok, kelihatan sudah ramai orang mula menghiasi rumah masing-masing dengan lampu raya lip-lap.
Dalam satu video dikongsikan oleh TikTok @oby.max__, beliau meluahkan rasa terkejut apabila melihat jiran hiasan lampu lip-lap jauh lebih menarik daripada rumahnya sendiri.
Baca Juga:
- Tawarkan Bonus Yang Tinggi Dan Baju Raya, Netizen Berminat Mahu Kerja Dengan Khairul Aming
- ‘Tak Menghormati Bulan Puasa’ – Netizen Berang Dengan Muzik Video Raya Aliff Syukri
- Cari Duit Lebih Untuk Hari Raya, Dua Lelaki Ditahan Ketika Mahu Beli Nombor Ekor
Dalam video itu jirannya memasang lampu lazer yang mengeluarkan bentuk ‘panahan kilat halus’ seakan-akan yang ada di pusat hiburan.
@oby.max__ Tahun depan malas laa hias rumah dah 😅#fidzrawrr #teamfidzrawrr #fypシ #viral
Manakala dalam video yang dikongsikan oleh TikTok @hakimy_mohamad pula, jirannya telah memasang lampu lip-lap yang digunakan di pusat disko.
Hantaran kedua-dua video itu telah mendapat jutaan tontonan dan ribuan komen daripada netizen. Mereka merasakan ‘persaingan’ itu merapatkan lagi ukhuwah kejiranan antara satu sama lain.



Dalam pada itu orang ramai turut mengucapkan terima kasih kerana berkongsi rakaman video itu kerana berasa gembira melihat betapa meriah dan harmoninya kawasan kejiranan tersebut dalam persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.