Seorang stand-up comedian yang berasal dari Singapura, Jocelyn Chia dikecam dunia selepas perkongsian video dia membuat persembahan jenaka dengan menggunakan insiden MH370 sebagai bahan jenaka pada dua tahun lalu dan kini menganggap ia sebagai titik perubahan besar di dalam hidupnya.

Chia, seorang pelawak yang digelar ‘bad girl dalam dunia komedi’ oleh Fox News, menjadi terkenal di peringkat antarabangsa.

Jenaka MH370 cetus amarah orang ramai

Ini berlaku selepas video persembahan komedinya yang mengandungi jenaka mengenai tragedi MH370 tular di media sosial pada Jun 2023. Jenaka itu telah mencetuskan kemarahan ramai di seluruh dunia dan menyebabkan namanya disebut-sebut oleh media besar seperti The New York Times, CNN, dan BBC.

Video komedi berdurasi 89 saat itu diambil di Comedy Cellar, sebuah kelab komedi terkenal di New York, dan kemudian dimuat naik ke TikTok serta Instagram.

Dalam persembahan tersebut, Chia bercakap tentang isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 pada tahun 2014. Ramai orang menganggap jenaka itu sebagai tidak sensitif.

Dakwa jenaka itu sudah lama dipakai

Tapi, Chia berkata jenaka itu bukanlah bahan baru. Sebaliknya, ia sudah menjadi sebahagian daripada koleksi jenakanya lebih setahun yang lalu.

“Ia sebahagian daripada rutin tentang persaingan antara Singapura dan Malaysia yang saya gunakan lebih setahun,” katanya memetik laporan The Straits Times.

Bekas peguam yang berumur dalam lingkungan 40-an ini dibesarkan di Singapura dan kini tinggal di New York. Chia dikenali dengan gaya persembahan yang lantang dan bertenaga. Dia juga sering menyentuh topik peribadi serta membuat perbandingan budaya antara Asia dan Barat.

Kontroversi ini memberikan kesan yang besar kepada Chia. Dia menerima kecaman dan mesej kebencian secara online. Laman web Comedy Cellar juga digodam, dan ada desakan agar dia membuat permohonan maaf secara terbuka.

Malah, kerajaan Malaysia juga mempertimbangkan untuk meminta notis merah Interpol terhadapnya.

Dilucutkan kerakyatan Singapura

mh370
Sumber Gambar: CNA

Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan, juga mengulas tentang isu ini. Beliau menyifatkan jenaka itu sebagai ‘sangat tidak wajar’ dan menegaskan bahawa Chia tidak mewakili rakyat Singapura.

Selain itu, kontrak Chia sebagai hos untuk syarikat teknologi IBM telah ditamatkan. Ini berlaku selepas syarikat itu menerima aduan daripada pejabat mereka di Malaysia. Persembahan Chia yang sepatutnya diadakan di kelab komedi lain di New York juga dibatalkan.

Bagaimanapun, masih berkeras dengan pendiriannya dan enggan memohon maaf berkaitan komedi tersebut.

Tidak mahu mohon maaf

“Saya tidak berniat untuk menyinggung sesiapa. Saya hanya menjalankan tugas saya. Semuanya bergantung kepada konteks, niat dan cara penyampaian,” tegasnya.

Walaupun tidak timbul kekesalan, Chia mengakui mungkin lebih baik jika dia menjelaskan maksud jenaka itu lebih awal. Dia juga patut memperkenalkan gaya komedi New York yang tegas, berani, dan tanpa tapisan kepada penonton di Asia Tenggara.

Namun, dia memilih untuk berdiam diri dan menjaga kesihatan mentalnya. Chia juga mengelak daripada membaca sebarang komen di media sosial pada masa itu.

Chia mengambil inspirasi daripada pakar motivasi Tony Robbins, dengan menjadikan kata-kata, “Perkara ini berlaku untuk saya, bukan kepada saya,” sebagai prinsip hidupnya sepanjang tempoh sukar itu.

Walaupun dikritik oleh beberapa pelawak dari Singapura dan Malaysia, Chia mendapat sokongan dan penghargaan daripada komuniti komedi di Amerika Syarikat.

Rezeki melimpah ruah selepas insiden itu

Selepas kejadian itu, Chia dijemput sebagai panel di segmen komedi Fox News dan muncul dalam pelbagai rancangan radio serta podcast. Dia juga menerima tawaran untuk tinggal dan membuat persembahan selama enam minggu di Jepun pada tahun 2024. Kini, dia sedang dalam jelajah Asia, dengan persembahan di Hong Kong, Indonesia, Vietnam, Thailand, dan Taiwan.

Selepas kejadian itu, Chia dijemput sebagai panel di segmen komedi Fox News dan muncul dalam pelbagai rancangan radio serta podcast.

Dia juga menerima tawaran untuk tinggal dan membuat persembahan selama enam minggu di Jepun pada tahun 2024. Kini, dia sedang dalam jelajah Asia, dengan persembahan di Hong Kong, Indonesia, Vietnam, Thailand, dan Taiwan.

Tidak berhenti di situ, Chia akan berpindah ke Barcelona pada bulan September ini untuk mengembangkan kerjaya komedinya ke peringkat Eropah. Beberapa persembahan di Switzerland, Poland, Jerman, dan Belgium telah pun dijadualkan.

Walaupun insiden MH370 memberikan kesan besar kepada hidupnya, Chia memilih untuk melihatnya dari sudut yang positif.

“Ia sesuatu yang ironik, tetapi saya bersyukur kepada Malaysia. Insiden ini telah mengubah hidup saya menjadi lebih baik,” katanya.