Dalam keterujaan peminat setia iPhone dengan iPhone X (X dalam bahasa latin bermaksud 10), ada yang berduka dengan fungsi terbaru pada iPhone X ini. Tiada lagi home button pada iPhone X dan facial recognition system digunakan bagi menggantikan fungsi pengenalan cap jari yang ada pada iPhone 6 dan 7 sebelum ini.
Namun tidak ramai yang menyenangi fungsi terbaru iPhone X ini. John Cena antaranya. Perkara yang paling merisaukan John Cena adalah dapatkah iPhone X mengesan wajah beliau atau pun tidak?
Sooo #iPhoneX about #FaceID …ummmmm …. what do I do?
— John Cena (@JohnCena) September 12, 2017

John Cena hanya bergurau melalui tweetnya ini tetapi nampaknya ramai yang terhibur dengan tweet beliau. Lihat sahaja bilangan likes dan retweets yang John Cena terima untuk tweet ini.
Sistem imbasan wajah ini bukan satu yang baru kerana Samsung Galaxy S8 dan beberapa model android lain sudah menggunakan sistem ini lebih awal daripada Apple. Mungkin Apple agak ketinggalan tetapi dikatakan sistem imbasan wajah ini adalah teknologi yang berpotensi besar di masa hadapan dan Apple turut tidak mahu tertinggal untuk memasukkan fungsi ini pada iPhone X.
BACA: 4 Perkara Utama Yang Membezakan iPhone 8 Berbanding Model Sebelumnya
Dengan harga pasaran USD999(lebih kurang RM4,200) ada yang sudah bercita-cita untuk jadi yang pertama memiliki iPhone X? Kongsi pandangan anda tentang telefon ini di ruangan komen. Yang pastinya pasti akan kekok kerana tiada lagi butang home pada iPhone X. RIP home button.