Selepas tidak lagi sehaluan dengan Dwayne ‘The Rock’ Johnson, nampaknya Vin Diesel telah mengumumkan bintang WWE, John Cena bakal berlakon dalam Fast & Furious 9.

Pengumuman tersebut dibuat sendiri di laman Instagram Vin Diesel. Di dalam video berkenaaan, Vin berpakaian seperti watak ikonik Dominic Toretto dan alaupun beliau tidak mengumumkan perkara berkenaan secara terus, tetapi hint yang diberikan sudah cukup memberi gambaran Cena akan terlibat dalam filem Fast & Furious 9.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

The Rock akan muncul dalam filem spin-off Fast & Furious, Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw Ogos tahun ini. Walaupun kelibat The Rock tidak disenangi Vin Diesel dan Tyrese Gibson, The Rock mungkin kembali untuk filem ke-10 Fast & Furious. Fast & Furious 9 akan berada di pawagam tahun 2020.

Sumber