Sempena Sambutan Ulang Tahun Pemerintahan Ke-25 Jubli Perak DYMM Tuanku Raja Perlis & Tahun Melawat Perlis 2024-2025, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menawarkan nombor plat istimewa — ‘VIPS’.
Berdasarkan poster hebahan yang dikongsikan Facebook JPJ Malaysia, ‘VIPS’ merupakan ankronim kepada ‘Visit Impresive Perlis State‘.
Baca Juga:
- ‘Tak Sita Lamborghini Warga China, Cuma Saman Pemandu Sahaja’ – JPJ
- Tak Ada Lesen Sah, JPJ Sita Lamborghini Milik ‘Content Creator’ Warga Asing
- JPJ Tawar Baki Nombor Plat Istimewa Siri Putrajaya Tak Terjual
Pengenalan nombor plat istimewa ini juga sebagai salah satu inisiatif Kerajaan untuk mempromosikan “Tahun Melawat Perlis 2024-2025”.
Orang ramai boleh membuat bidaan melalui portal JPJeBID bermula 11 April 2025, Jumaat ini hingga 15 April 2025 (Selasa), jam 10 malam.
Sementara keputusannya akan diumumkan pada keesokan harinya, 16 April 2025 dalam tempoh 24 jam.