Sempena menyambut bulan kemerdekaan Malaysia yang ke-64, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menawarkan potongan diskaun bagi pengurangan saman sehingga 70%.

Potongan diskaun tersebut hanya diberikan untuk saman JPJ yang boleh kompaun sahaja kecuali kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan. Tawaran ini berlangsung sehingga 16 September nanti.

Pengurangan tersebut adalah untuk semua saman yang dikeluarkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334), dan peraturan dan perintah lain di bawahnya, termasuk kes yang masih disenarai hitam.

Namun, sekiranya pesalah lalu lintas yang telah disenarai hitam diminta untuk mengunjungi pejabat JPJ berhampiran (cawangan atau negeri) untuk tujuan ‘dokumentasi semula’ sebelum mereka dapat meneruskan proses pembayaran.

Tawaran ini juga boleh diguna pakai untuk saman yang masih aktif dan sah, dengan syarat pembayaran dibuat dalam tempoh tawaran ini berlangsung.

Sekiranya anda mempunyai saman JPJ yang mahu dilunaskan, pihak JPJ telah membuka beberapa platform bagi memudahkan orang ramai membuat pembayaran samada melalui kaunter JPJ, kiosk, outlet UTC, Pos Malaysia, MyEG atau layari laman web di public.jpj.gov.my.

Jika anda mahu memperbaharui lesen secara online, anda boleh baca tutorial yang dikongsikan di bawah.

Mudah Dan Cepat, Gadis Ini Kongsikan Cara Untuk ‘Renew’ Lesen Secara Online

Peguam Ini Kongsi Cara Selesaikan Denda Kesalahan Jalan Raya Yang Melibatkan Mahkamah